Yana Samsudin dan Pierre Andre kembali bersatu?

 

Pierre Andre dan Yana Samsudin bersatu kembali???? Haa memang mereka bersatu kembali tapi hanya didalam filem 3 Temujanji je. Kalau semua nak tau, ini merupakan kali pertama Yana Samsudin dan Pierre Andre digandingkan bersama dilayar perak, jadi memang filem wajib tonton ni tau, bolehla anda tengok gelagat mereka ber“lovey dovey”. Hehe

Yana Samsudin juga ada menyebut bahawa walaupun agak “awkward” digandingkan bersama Pierre Andre setelah lama tidak bertemu, tetapi disebabkan keserasian diantara mereka sudah terjalin sebelum ini, semua kerja menjadi senang dan lancar. Beliau juga senang berlakon dengan Pierre Andre katanya. Selain itu, ditanya juga ada ke kemungkinan mereka berdua bersama kembali?, kata gadis manis berlesung pipit, “kalau ditakdirkan jodoh kami bersama, ada la..”.

Menurut pengarah yang cukup romantik, Hashim Rejab pula, filem 3 Temujanji ini bergenrekan romantik komedi dimana beliau ingin membawa para penonton untuk melayan sambil dibuai perasan cinta, romantik dan sebagainya ketika menonton filem ini nanti, bak kata Abang Hashim, perasan yang abang nak penonton rasakan seperti “bagai mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena.” Cewahhh, muka lagend, tapi hati pink la abang Hashim ni.😀

Karakter-karakter yang dibawakan oleh watak-watak utama seperti Yana Samsudin dan Pierre Andre amat lah berbeza kata pengarah yang semakin melatop setelah filem Sekali Lagi menjadi bualan ramai. Kata Hashim Rejab lagi, dalam filem ini, Yana mempunyai sifat dan karakter yang amat berbeza dengan Pierre, nak tau berbeza macam mana, nantikan filem ni dipawagam nanti ok? Ok macam ni, apa kata you all layan sinopsis ni dulu ok?😀

Filem 3 Temujanji “mengisahkan seorang wanita bernama Reanna yang tidak mempercayai lelaki dan cinta dalam hidupnya. Prinsip Reanna mudah, cinta hanya membawa sengsara dan semua lelaki sama saja tak guna. Hal ini menyebabkan Reanna menetapkan setiap hubungannya dengan lelaki tidak akan lebih dari tiga temujanji sahaja. Selepas tiga temujanji, mereka akan berpisah dan tidak akan berhubungan lagi. Dengan cara ini Reanna percaya yang dia akan dapat menikmati keseronokan bercinta tanpa perlu sengsara.

Segala-galanya berubah apabila muncul Mohsin seorang lelaki yang sangat teruja dengan perkahwinan ke dalam hidup Reanna. Mohsin yang kecewa ditinggalkan kekasihnya, Adira, memilih untuk bersama Reanna untuk tiga temujanji. Sikap Mohsin yang jauh berbeza dari lelaki lain, temujanji-temujanji yang lain dari yang lain serta hadiah istimewa yang diterimanya setiap kali bertemujanji menyebabkan Reanna gagal menahan hatinya lalu jatuh cinta.

Adakah ini kesudahan cerita cinta Reanna?? Mampukah Mohsin mengubah perspektif Reanna terhadap percintaan?

Menurut abang Hashim lagi, penggambaran filem 3 Temujanji ini dilakukan di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur dan Alhamdulillah buat masa ni semua berjalan lancar. Jadi jangan lupa nantikan kemunculan filem romantik komedi ini di pawagam yea. Diana Amir dan Kamal Adli juga merupakan diantara pelakon yang terlibat.🙂

 

3 thoughts on “Yana Samsudin dan Pierre Andre kembali bersatu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s