Perjalanan Seni Yana Samsudin

 

Norliana Samsudin, juga dikenali sebagai Yana Samsudin kini semakin meningkat tinggi namanya di persada seni. Beliau mula dikenali sejak memegang watak sebagai “Wawa” dalam filem “Adnan Sempit”, semenjak itu namanya semakin menjadi sebutan dikalangan para penerbit, pengarah dan juga peminat.

 

Kalau nak tau, anak kelahiran Yong Peng, Johor ini juga merupakan seorang pengarah dan pernah mengarah sebuah filem pada usia 23 tahun iaitu filem “Selamat Pagi Cinta”. Yana juga dipilih oleh David Teo menjadi salah seorang pengarah muda didalam Skim 10 Pengarah Muda MIG. Selain mengarah Yana Samsudin juga melibatkan diri sebagai editor, penulis skrip, dan seorang model tau. Wahhhhh talented sungguh gadis comel ni.

Bakat Yana bukan sahaja dalam bidang perfileman tetapi juga dalam nyanyian, beliau pernah menerbitkan album berjudul “Ceria” pada tahun 2004, selain itu Yana juga menyanyikan OST telefilem Lu’lu dimana beliau merupakan pelakon utama didalam telefilem tersebut. Yana mengaku seorang wanita yang sangat bercita-cita tinggi, beliau memang ingin lakukan semua benda kalau boleh termasukla mengarah, menyanyi, menulis skrip dan lain-lain. Tetapi masa tidak mengizinkan. “Yana pun memang mahu fokus kepada satu bidang buat masa ini iaitu lakonan, Yana ingin berikan 100% tumpuan didalam bidang lakonan”, kata gadis lasak ini.

Bakal muncul dalam filem komedi aksi terbaru Metrowealth Pictures, “Bini-Biniku Gangster” pada 22 September 2011, Yana yang memegang watak utama dilihat semakin sinonim dengan watak lasak. Sememangnya secara realiti juga, Yana Samsudin memang sangat gemarkan aktiviti yang menguji ketahanan fizikal. Mungkin sebab tu kot Yana Samsudin merupakan salah seorang artis MiG yang sangat aktif dalam latihan wataniah yang sedang dijalankan sekarang ini.

 

Yana yang memegang watak “Manja”, isteri kepada “Herry” (Shaheizy Sam) merupakan sorang “Kak Yong”, ketua kawasan. Namun suaminya tak tahu menahu mengenai pekerjaan sebenar isterinya itu. MiG Online dah tengok filem nie, memang kelakar dan mantap sungguh lakonan Yana Samsudin nie.

                    Gaya seorang ‘Kak Yong’ dalam filem ‘Bini-Biniku Gangster’

Ketika ditanya mengenai kekasih hati, Yana hanya menjawab buat masa ini beliau ingin memberi sepenuh tumpuan dengan karier dulu. Baginya, perjalanan beliau masih panjang dan banyak lagi yang perlu dipelajari. Yana yang kini sedang sibuk dengan pengambaran filem terbaru terbitan Metrowealth, Minyak Dagu, dan beliau memegang watak utama.

Kepada peminat-peminat si gadis comel ini, jangan lupa saksikan filem terbaru lakonan beliau iaitu ‘BINI-BINIKU GANGSTER’  .

Jom kita layan dulu trailer – ‘Bini-Biniku Gangster’

3 thoughts on “Perjalanan Seni Yana Samsudin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s