Alkisah Hubungan Matang Lisa & Yusry

 

 

Pelbagai spekulasi yang timbul apabila dua nama besar di dalam industri ini mula menjadi sebutan selepas keduanya dilihat agak rapat dan sering dilihat bersama-sama. Walaupun pada mulanya masing-masing macam merahsiakan hubungan mereka, tapi stage by stage masing-masing ibarat tak dapat nak merahsiakan hubungan mereka berdua… Ehem2, bertuah pemilik nama Yusry Abd Halim ni kan pasal berjaya memenangi hati gadis idaman Malaya, Lisa Surihani. MiG Online turut jeles dengan Yusry nie… Hehe, gurau je bro.

Dah lepas mengaku mempunyai hubungan yang matang, timbul pulak isu yang mengatakan Yusry ni nak melangsungkan perkahwinan dengan si pengarang jantungnya Lisa Surihani pada tahun hadapan iaitu 2012 namun dinafikan oleh Yusry yang menyatakan bahawa tak mungkin Lisa Surihani menjadi surihatinya tahun depan sebab bakal sibuk dengan penggambaran filem terbitan KRU iaitu ULAR. Erm, kita tunggu je la hari bersejarah tu nanti, kan?

Apapun dekat sini MiG Online nak puji sikap profesional dan cara Lisa Surihani dan Yusry menangani soal hati masing-masing, takde pulak dengar gosip negatif pasal hubungan mereka berdua, masing-masing tahu jaga adab sebagai orang Melayu dan menghormati ibu bapa. Mana taknya, Yusry kalau berjumpa Lisa tu mesti akan ‘date’ mak Lisa sekali. Kalau Lisa nak jumpa Yusry pulak mesti ahli keluarga Yusry turut ada sama.Bagus la macam tu, kan? Tak ada la timbul gosip-gosip yang mampu menjatuhkan kredibiliti mereka.

Apapun ikut apa yang MiG Online dengar la, masa open house rumah abang Yusry, Norman tempoh hari, Lisa dan Yusry nampak macam merpati dua sejoli, dua-dua pakai baju warna tema yang sama… Ataupun memang open house Norman memang dah set tema warna majlis tersebut? Hehe.

*Segala dialog hanya rekaan semata-mata.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s