Cup Prix – Farid Kamil

 

Selepas berjaya dengan filem pertama beliau iaitu V3-Samseng Jalanan, Farid Kamil muncul lagi dengan filem KONGSI yang telah mencatat sejarah perfileman Malaysia apabila berjaya mendapat kutipan sebanyak RM1.1 juta pada hari pertama filem itu ditayangkan. Atas kejayaan itu, dapatlah MiG Online huraikan yang filem aksi komedi KONGSI adalah filem yang berjaya di Malaysia jika diukur dalam filem bergenre tersebut. Selepas filem KONGSI, Farid Kamil kini muncul lagi dengan filem bergenre permotoran iaitu Cup Prix. Kalau korang nak tahu, ini adalah filem arahan beliau yang ke 4 selepas filem V3-Samseng Jalanan, KONGSI dan Pe3.

Ditanya apakah rujukan untuk filem Cup Prix ini. Jelas Farid Kamil yang turut menyifatkan sukan permotoran  Cup Prix ini adalah salah satu hobi beliau dan beliau banyak menonton perlumbaan motor Grand Prix dan Cup Prix yang ditayangkan di televisyen.

“Perbezaan filem ini dengan V3-Samseng Jalanan sangat ketara terutamanya dari segi watak perwatakan dan juga corak perlumbaan yang dipersembahkan.” Jelas Farid Kamil apabila ditanya perbezaan antara V3-Samseng Jalanan dengan filem terbarunya ini iaitu Cup Prix.

Minat Farid Kamil dalam genre aksi sangat tebal. Buktinya apabila MiG Online bertanya pada beliau mengenai genre yang beliau ingin hasilkan sekiranya diberi budget yang besar, Farid Kamil tetap menegaskan yang beliau tetap dengan pendirian bahawa beliau menginginkan filem aksi yang mantap dan berkualiti seterusnya menjadikan filem itu lebih baik dari filem-filem yang pernah beliau arahkan sebelum ini.

Walaupun kejayaan filem KONGSI telah membuka mata ramai pihak terhadap kebolehannya tetapi bagi Farid Kamil, beliau tidak terlalu taksub terhadap kejayaan itu malah beliau akan melakukan yang lebih baik dari apa yang beliau lakukan sebelum ini. Untuk memperoleh hasil yang sempurna, beliau akan mengkaji semula dan meminta pandangan orang ramai mengenai hasil karyanya dan memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut.

Korang rasa Farid Kamil akan berlakon tak dalam filem ini? “Sekiranya David Teo memberikan budget yang tinggi dan mampu membayar saya, saya akan berlakon untuk filem ini.” begitu la Farid Kamil memberikan jawapannya secara berseloroh. So, kepada peminat-peminat Farid Kamil, apa kita layan gambar-gambar beliau yang handsome ni..

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s