Sam, Superman & Surealism.

“Gua tengok lu besar, kecik, besar kecik je der!”

Kongsi gelap gapo lagu nie? Cubit sikit jerit serupo pondey!”

Inilah antara dialog-dialog yang menjadi ikutan peminat-peminat si empunya nama Shaheizy Sam ini. Beliau mula menjadi perhatian dikalangan penerbit, pengarah dan juga peminat apabila kebanyakan filem-filem lakonannya menjadi bualan ramai dan meninggalkan kesan kepada penonton. Tidak lebih dari itu, peminat cilik pun suka dengan karekter yang dibawa oleh Sam dalam filem-filemnya sampai terbawa-bawa oleh mereka. Korang semua tahu kan bahawa Shaheizy Sam juga pernah menggondol gelaran Anugerah Bintang paling Popular pada 2010 tahun lalu. So, adakah Sam berpuas hati dengan pencapaian itu?

“Setiap manusia tidak pernah berpuas hati dengan setiap pencapaian mereka. Bukannya bermaksud tidak gembira, akan tetapi ianya masih belum sampai ke puncak. Bagi Sam, setiap kejayaan tiada titik noktah. Selagi kita boleh pergi lagi jauh, maka kita haruslah pergi lagi jauh. Sam akan gembira dan lega apabila filem industri dan tenaga pekerja industri tanah air kita boleh dibawa sampai ke serata dunia”. Jelas Sam dengan penuh harapan.

Ha…kalau korang nak tahu Sam mula berlakon seawal usianya 12 tahun. Beliau biasa mengikut kakak beliau yang juga pelakon iaitu Zizie Ezzette pergi ke set pengambaran berlangsung. Dan dari situlah kerjayanya sebagai seorang pelakon bermula apabila seorang produser bertanya pada kakak beliau “ini adik u ke? Kenapa tak bagi dia cuba berlakon?”. Dan selepas itu, Sam di panggil berlakon setiap tahun sehinggalah ke tahun 1997 Sam  di lamar oleh produser drama Pa’e untuk memegang watak utama dalam telemovie tersebut dan dari situlah orang mula perasan kehadiran beliau dalam industri ini. Untuk pengetahuan korang, Sam kini sedang membuat persediaan untuk filem aksi komedi di bawah syarikat kakak beliau iaitu 2121 Vision Pictures dan pengambaran filem itu akan bermula pada bulan November ini.

Ketika ditanya apakah cadangan Sam untuk meningkatkan lagi mutu filem MiG ini? “ Sebenarnya kualiti sesebuah filem itu bukan terletak pada tangan seorang pelakon tetapi ianya terletak pada 1 pasukan dan usaha seseorang pelakon itu untuk menjadikannya terbaik. Tetapi kalau nak tingkatkan lagi penerbitan mahupun filem, ianya terletak dalam setiap orang termasuklah penerbit,  penulis skrip dan juga pengarah di mana semuanya mempunyai bahagian masing-masing. Contohnya penerbit, jika nak dapatkan hasil yang berkualiti, penerbit haruslah berani keluarkan bajet yang lebih untuk mendapatkan tenaga pekerja yang bagus  dan berkualiti. Selain daripada itu, setiap pelakon kena tahu apa yang penonton mahukan”. Begitulah jawapan Shaheizy Sam ketika diajukan soalan seperti itu.

Filem Bini-Biniku Gangster akan ditayangkan esok dan Sam adalah salah seorang pelakon utama dalam filem itu. Sam memberitahu beliau amat menitikberatkan setiap karekter yang dilakonkan dalam filem itu dan beliau berharap peminat-peminat  beliau terhibur dengan lakonan beliau.

Setiap artis pasti ada watak yang mereka idamkan untuk dilakonkan. Bagi jejaka sempoi ini, beliau mengimpikan satu watak yang karakternya boleh bermain di luar kotak fikiran dan wataknya jarang ditampilkan didunia seperti karekter yang penuh dengan angan-angan untuk menjadi super hero. Hehe..lucu kan. Macam mana la agaknya rupa Sam jika beliau menggunakan pakaian seperti Superman tu.hehe🙂

 

Selain itu, Sam menginginkan kerjasama di antara pengarah yang beliau masih belum digandingkan seperti Mamat Khalid, Osman Ali, Afdlin Shauki, Suhaimi Baba, Aziz M. Othman dan ramai lagi. Sam  juga menginginkan Khabir Batia walaupun Sam pernah bekerjasama dengan pengarah tersebut tetapi masa itu beliau masih kecil. Jika menyebut mengenai populariti, Sam juga tidak pernah rasa ada orang mahu ambil kesempatan terhadap  populariti beliau kerana  Sam merasakan dirinya biasa sahaja dan mereka tidak akan boleh dapat apa yang mereka mahukan dari Sam.

 

Rasa-rasa korang kan, apakah agaknya ciri-ciri wanita idaman si pemegang Anugerah Bintang Paling Popular ni kan. Ha..kalau korang nak tahu Sam ni suka pada wanita yang boleh bagi beliau rileks, tenang dan tidak menyerabutkan kepalanya. Dan Sam juga tidak suka apabila di provoke. Dan yang paling penting Sam ni suka pada wanita yang manja taw. So, kepada sesiapa yang rasa dirinya manja tu boleh lah masuk line.hehehe. MiG Online juga bertanyakan pada Sam bilakah Sam akan menamatkan zaman bujangnya dan beliau menjawab “tunggu orang masuk meminang”. Jawab Sam berseloroh namun dalam nada tegas. “Sam selesa dengan kerjaya sekarang dan Sam juga perlu lebih bersedia kerana mahu jaga anak orang bukannya senang”. Ujar Sam.

 

Sam ni juga seorang yang amat menghargai peminat-peminatnya dan beliau akan cuba menggunakan apa-apa cara sekalipun untuk mendekatkan diri dengan peminatnya seperti di Facebook dan Twitter. Dan Sam juga memberitahu kepada MiG Online bahawa jika ada event, pasti beliau akan maklumkan kepada peminat mahupun media. So, kepada para peminat Sam jomlah serbu panggung  yang berdekatan dengan anda untuk menonton filem terbaru Shaheizy Sam iaitu Bini-Biniku Gangster pada 22 September 2011 ini. Kepada peminat-peminat Sam, korang boleh berhubung dengan Sam di Facebook beliau iaitu http://www.facebook.com/shaheizy.sam.official.fanpage dan di twitter http://twitter.com/#!/Shaheizy_Sam.

Anyway, MiG Online ada beberapa gambar Shaheizy Sam semasa Malam Pratonton Filem Bini-Biniku Gangster. Jom cekidauttt~

 

 

 

2 thoughts on “Sam, Superman & Surealism.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s