Jom Skodeng Retis! Nora, Adi & Mon Bercuti ke Luar Negara

Hujung-hujung tahun ni selalunya korang yang dah berkeluarga mesti plan nak pergi bercuti kan.. Ada yang masih berfikir nak ke mana?? Haa hari ni MiG Online nak jadi agensi pelancongan nak offer kat korang semua tempat-tempat percutian yang menarik..hehehe. Tak lah gurau je.. Semalam di malam pratonton Aku Terima Nikahnya MiG Online sempat korek tempat-tempat percutian pilihan dan tips melancong dari tiga orang pelakon Aku Terima Nikahnya iaitu Nora Danish, Adi Putra dan Mon Ryanti. Jom kita lihat kat mana tempatnya tu dan jangan lupa tonton Aku Terima Nikahnya di pawagam bermula Khamis ni (11 Oktober 2012). Enjoy! 

1) Nora Danish    

  • Kalau korang nak tau, Nora memang kerap pergi bercuti. Macam sebelum ni dia pernah ke Jepun, Bali, Paris dan macam-macam tempat lagi tapi Nora paling suka ke pulau dan pantai. Katanya tempat tu dah memang jiwanya sejak dari dulu. Selain tu, Nora memang teringin sangat nak ke negara Afrika sebab dia teruja nak tengok haiwan-haiwan ‘live’ berkeliaran kat situ.

  • Tips melancong dari Nora: Selalu buat research dan buat tempahan awal-awal dan juga yang paling penting pilih destinasi percutian mengikut kata hati.🙂

2) Adi Putra

  • Destinasi percutian pilihan Adi ialah Venice! Katanya Venice menjadi pilihan kerana ia sangat menarik, nyaman dan tenang. Hero Aku Terima Nikahnya ni teringin nak bersantai-santai di kota Venice sambil menghirup teh atau kopi di sana. Wahh kiranya abang Adi kita ni romantik orangnya sebab pilih Venice. Boleh la Adi honeymoon lagi bersama isteri tersayang kat sana kan🙂

  • Tips melancong dari Adi: Jangan bawa beg berat-berat sebab nanti boleh la shopping banyak-banyak dan borong bawa balik rumah. Oooo rupanya Adi ni kaki shopping jugak ye..hehehe

3) Mon Ryanti

  • Walaupun Mon masih single dan available tapi dia dah ada tempat pilihan untuk berbulan madu! Amboi anak dara ni.. Kata Mon, Maldives adalah destinasi yang betul-betul menambat hatinya untuk ke sana. Ye lah sebab Maldives mempunyai antara pulau tercantik di dunia yang memang terkenal dengan lautnya yang sangat cantik dan airnya yang jernih. Kalau korang letak kaki dalam laut tu sure nampak punya ikan berenang-renang atas kaki korang🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s