(Jom Skodeng Retis!) Farid Tegas, Fadzil Cool

Agak ramai juga kan dalam industri hiburan ni yang mana anak-beranak, adik-beradik atau sepupu-sepapat sama-sama terlibat dalam dunia seni tanahair. Contohnya seperti pelakon dan pengarah, Pierre Andre dan juga adiknya, Mikael Andre terjun ke bidang lakonan mewarisi bakat dari ibu mereka iaitu pelakon tersohor, Khatijah Tan. Haaa tak ketinggalan si adik-beradik, Farid Kamil dan Fadzil Zahari yang pernah bekerjasama menerusi filem Kongsi dan yang terbaru filem PE3 yang akan menemui korang semua pada 18 Oktober ni. Semalam semasa malam pratonton filem PE3, MiG Online sempat skodeng mereka berdua. Jom kita baca apa yang menarik tentang adik-beradik yang sama-sama macho, kacak dan berbakat besar ni.🙂

– Farid Kamil merupakan anak sulung dan Fadzil adalah yang kedua dari 5 orang adik-beradik.

– Sebagai abang sulung, Farid memang tegas dengan adik-adiknya bak kata Fadzil, “Farid memang seorang abang yang tegas dan kalau nak cakap dengan dia kena ada fakta yang tepat”. Wahhh kalau Farid jadi cikgu ni mesti garang kan..hehehe.

– Adiknya pula, si Fadzil lebih cool berbanding si abang. Farid kata Fadzil ni dia ada soft side dan selalu jadi orang tengah kalau dia dan seorang lagi adiknya, Anis bergaduh. Untung Yana kalau dapat Fadzil kan..oopps! hehehe.

– Sebagai adik-beradik, mereka berdua sering berkongsi cerita dan idea. Haa dari situ la mereka boleh bekerjasama untuk menghasilkan sebuah filem yang mana Farid bertindak sebagai pengarah dan Fadzil sebagai penulis skrip.

– Kalau bab persamaan yang memang kekal sampai hari ni adalah mereka berdua sangat suka ratah ayam goreng! Uihhh sedap tu….😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s