Farid & Diana Berpisah, Mikael Ikut Jejak Pierre Andre dan Dua Drama Best Malam Ini!

Tinggal dalam 2 minggu je lagi pasangan dua merpati sejoli, Farid Kamil dan Diana Danielle bakal diijab kabul pada 3 November depan. Lepas nikah, FK dan DD akan mengadakan majlis perkahwinan pada 21 November bersempena hari jadi DD yang ke-21. Manakala majlis sambut menantu pula akan diadakan pada bulan Disember ini dan lepas selesai kesemuanya, masing-masing akan membawa haluan sendiri. Eh patutnya dah kahwin hidup bersama la kan ni terpaksa berpisah pulak.. Haa sebenarnya lepas sah jadi suami isteri, FK akan melanjutkan pengajiannya ke peringkat Phd dan DD pula akan ke Australia untuk mengikuti kursus intensif penerbitan di National Institute of Dramatic Art (NIDA). Kata orang, sayang isteri ditinggal-tinggalkan tak gitu??? hehehe. Okay kalau nak tahu apa lagi perancangan mereka dalam masa terdekat ni boleh la selak di muka depan HIP, Berita Harian hari ini. 

Sebut saja nama Mikael Andre mesti korang tertanya siapakah dia? Adik Pierre Andre ke?? Haaa betul la tu si Mikael ni adik kepada Pierre dan mereka berdua anak kepada pelakon berpengalaman luas, Khatijah Tan. Kini, Mikael mengikut jejak langkah abang dan ibunya dalam bidang lakonan dan diberi peluang beraksi dalam beberapa buah filem seperti  Taikun, 2 Kalimah dan yang terbaru, Lagenda Budak Hostel bersama pelakon terkenal, Nora Danish. Untuk menghayati watak-watak yang diberikan, Mikael memang tak segan untuk minta tunjuk ajar dari orang yang lebih makan garam dalam bidang lakonan seperti dari ibu dan abangnya. MiG Online harap karier Mikael akan lebih maju ke depan pada masa akan datang😉 Korang boleh baca lagi tentang diri Mikael yang korang tak pernah tau dalam Harian Metro di sisipan Rap hari ini.

Malam ni jangan ketinggalan untuk menyaksikan dua drama menarik, satu tentang kehidupan askar Wataniah iaitu drama Diari Platun dan satu lagi berkisarkan tentang dendam seorang kekasih terhadap kekasih lamanya, Dendam Pencinta. Diari Platun akan ke udara di saluran Astro Prima jam 10 malam manakala Dendam Pencinta pula di TV9 jam 8.30 malam. Untuk episod pertama Diari Platun hari ni, Amir, Zack, Sufina, Emylia dan Mona sama-sama menyertai pasukan wataniah dan pada masa yang sama, pihak Istana Budaya telah mengadakan uji bakat bagi teater Leftenan Adnan dimana pihak rejimen menawarkan untuk menyertai pasukan wataniah. Siapakah yang terpilih dalam uji bakat tersebut?  Pastikan korang terpacak depan TV untuk mengetahui jawapannya. Enjoy the show!😉

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s