Sam dan Yana Sepakat & Tinggal Sehari Lagi Nak Nikah

Baru-baru ni memang agak kecoh dalam media hiburan tentang isu pengunduran Sam dari pertandingan Muzik-Muzik 27 peringkat separuh akhir sampai dalam Twitter pun peminat-peminat ‘tweet’ tentang kekecewaan mereka terhadap pengunduran Sam. Sam dah pun menjelaskan semalam yang dia tak dapat nak bagi komitmen sebab sibuk dengan penggambaran drama Mamakcupcake dan baginya, lagu Begini Caranya harus dinyanyikan live oleh penyanyi professional. Selain tu, timbul juga isu MiG yang menyekat Sam dan Yana untuk menyertai pertandingan berprestij tu. Ishhh ishhh korang semua jangan salah anggap sebab macam kata Mejar (K) David Teo dalam Berita Harian hari ni, MiG tak pernah menghalang sama sekali dan menyerahkan kepada Sam dan Yana untuk membuat keputusan. Jadi kalau korang nak baca lebih lanjut tentang penjelasan eksklusif dari Mejar (K) David Teo, boleh la selak di muka surat 2, ruangan Hip Berita Harian hari ni. 

Sam dah pun buat keputusan untuk tidak menyertai peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 27, jadi rakan duetnya, Yana Samsudin menghormati keputusan Sam walaupun katanya, dia memang teringin nak perform di pentas semi final tu. Tu la peminat-peminat Kak Yong memang ramai sangat yang kecewa tapi Kak Yong anggap rezeki tak menyebelahinya dan meminta maaf kepada korang-korang yang dah mengundi lagu Begini Caranya sehingga ke peringkat separuh akhir. Korang jangan berhenti sokong Yana okay?🙂 Korang boleh baca lagi temuramah bersama Yana dan juga Sam dalam Kosmo! hari ni di sisipan habHib muka surat 41 hari ini.

Lusa, pasangan cantik sama padan iaitu Farid Kamil dan Diana Danielle akan diiijab kabulkan di sebuah hotel berdekatan dengan tasik. Kata Farid, majlis kahwinnya dengan Diana memang lain dari pasangan-pasangan lain sebelum ni. Apa yang lainnya?? Haaa kena lah nantikan acara tu sabtu ni. Tengok kad mereka berdua pun macam dah boleh agak temanya merah jambu kan.. Awww pink memang sesuai la dengan FK dan DD sebab dua-dua berkulit putih kan..hehe😀

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s