Rahsia Farid dan Diana & Dua Drama Menarik Malam Ni!

 

Akhirnya pada 3 November 2012, Farid Kamil dan Diana Danielle sah menjadi suami isteri tepat jam 9.12 pagi hanya dengan sekali lafaz nikah je tau. Walaupun Farid mengalami kecederaan sikit di bahagian kakinya dan Diana yang risau tak dapat cari ayahnya sebagai wali, namun semua dugaan tu berjaya ditempuhi dan majlis pernikahan pernikahan mereka berlangsung dengan lancar seperti yang dirancang. Selain tu, ada rahsia yang FK sembunyikan selama ni.. Apa rahsianya?? Jom kita korek! 

 

Sebenarnya, kalau korang nak tau, FK ni nak melamar DD untuk jadi isterinya masa mula-mula lagi mereka bercinta tapi sebab DD masa tu umur 18 tahun, FK terpaksa tangguh dan tunggu beberapa tahun lagi untuk berkahwin dengan DD. Wahhh untung DD kan dapat lelaki yang serius dalam perhubungan macam FK tu..🙂 Okay kalau korang nak tau lebih lanjut lagi tentang rahsia hubungan mereka berdua, cerita tentang majlis pernikahan, hantaran, dan perancangan mereka pada masa depan, boleh la selak halaman 38 dan 39 di akhbar Kosmo!, halaman 4 dan 5 di sisipan Rap Harian Metro dan juga halaman 4 dan 5 di ruangan Hip, Berita Harian hari ni!

Menarik Tertarik Da Boom Malam Ni!

1. Bini-Bini Perkasa, 9.00 malam di TV3

2. Dendam Pencinta, 8.30 malam di TV9

Untuk episod malam ni, Zul mengalami tekanan perasaan yang kuat selepas kejadian itu. Bob mula terasa bersalah dan cuba untuk menenangkannya. Keadaan menjadi buruk apabila Zul memberitahu Bob tentang syak wasangkanya terhadap Syiela.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s