(Gambar) Isteri Pierre Andre Sanggup Berkongsi.

Pierre Andre & isteri, Siti Norhidayah

Wahh… So sweet bagi lelaki yang baca, kan? Tapi perempuan yang membaca macam mana pulak?

Tak kisah kaum adam atau hawa sepastinya tak kisah sebab bukan la berkongsi apa, cuma berkongsi kemeriahan hari raya bersama dua buah keluarga yang berbeza jarak dan keadaan.

Itu la yang dilalui oleh pengantin baru, Pierre Andre & Siti Norhidayah yang menyambut ramadan dan Syawal bersama dengan kedua belah keluarga. Walaupun Pierre Andre tak dapat menyambut hari raya bersama dengan keluarga mertua, namun  3 hari sebelum Aidilfitri, Pierre dan isteri sempat melawat keluarga mertuanya di Johor sebelum bersama-sama dengan keluarganya beraya di Perak.

Hari raya tahun nie, sememangnya memberi pengalaman baru buat Pierre Andre sebab kalau sebelum nie Pierre berhari raya dengan keluarga yang kecil, tahun nie Pierre dapat merasa beraya bersama keluarga besar isterinya. Kata Pierre:

“Walaupun tidak meraikan hari raya pertama di Johor, tetapi pulang ke rumah mentuanya tiga hari sebelum Aidilfitri lalu cukup menyeronokkan,”

“Ia tentunya pengalaman sangat berbeza kerana saya memiliki keluarga kecil, tetapi isteri pula keluarganya besar. Jadi, sememangnya lebih meriahlah,”

Korang pernah buat macam nie kat sekolah dulu?

Sederhana dan ringkas, itulah yang dirasakan oleh model sambilan merangkap isteri kepada Pierre Andre, Siti Norhidayah yang menganggap sangat teruja beraya bersama keluarga suami walaupun pada awalnya agak kekok.

“Tak dinafikan, pada awal perkahwinan dengan Pierre, saya risau juga memikirkan situasi diri menjadi menantu pada ibu, Khatijah Tan,”

“Maklum saja, suami saya hanya dua beradik saja manakala saya pula sudah terbiasa dengan keluarga besar kerana memiliki 13 adik-beradik,”

“Apapun, saya sangat bersyukur kerana dikurniakan Allah SWT ibu dan bapa mentua yang sangat baik, penyayang dan menerima diri saya seadanya,”

Kredit: Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s