KENYATAAN MEJAR (K) DAVID TEO MENGENAI ISU ADNAN SEMPIT 3 DAN LEMAK KAMPUNG SANTAN

20130816-204501.jpg

Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua Umat Islam terutamanya yang berada di Malaysia. Sejak 10 Ogos lalu, saya mengambil peluang cuti perayaan ini membawa keluarga bercuti ke Taiwan. Sejak tarikh itu, saya menerima laporan kutipan filem saya iaitu Adnan Sempit 3 di pawagam dari pegawai saya yang bertugas. Saya amat berpuas hati dengan kutipan setakat ini yang mencatat RM2.6 juta setelah seminggu ditayangkan.
Pagi ini, saya dikejutkan dengan laporan di akhbar yang menyatakan Saudara Hans Isaac tidak berpuas hati dengan saya kerana menurutnya saya telah mengeluarkan kenyataan di akhbar bahawa “Adnan Sempit 3 telah mengenepikan filem Lemak Kampung Santan”.
Sepanjang lebih 10 tahun saya menjadi Penerbit filem, saya sangat menyokong mana-mana penerbit baru dan lama yang ingin menghasilkan filem. Ini akan membuatkan industri perfileman Malaysia lebih meriah. Tambahan pula Hans Isaac sendiri orang lama dalam industri dan juga merupakan kawan baik saya. Masakan saya boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian. Saya menegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan yang merendahkan filem Lemak Kampung Santan.
Adnan Sempit 3 dan Lemak Kampung Santan adalah dua filem berbeza dari segi genre dan persembahan. Mungkin nasib kali ini menyebelahi saya namun, filem-filem saya sendiri kebelakangan ini turut mengalami nasib yang kurang baik apabila meraih kutipan di bawah RM1 juta. Usaha mengembalikan kepercayaan dan minat penonton terhadap filem Malaysia lebih menjadi keutamaan saya untuk semua filem di Malaysia.
Saya berharap agar industri filem di Malaysia akan kembali pulih seperti sedia kala. Saya juga bersimpati dengan Hans Isaac, dalam keadaan sebegini pastinya menjadi cabaran yang amat kuat bagi beliau. Saya berdoa agar beliau terus berjuang menghasilkan lebih banyak karya selepas ini. Kegagalan kali ini diharapkan tidak menjadi noktah untuk beliau kerana saya percaya beliau adalah seorang penggiat seni yang berbakat besar.
Apabila kembali ke Malaysia nanti saya sendiri akan menghubungi Hans Isaac untuk memastikan hubungan baik yang terjalin selama ini akan terus berkekalan. Semoga filem Lemak Kampung Santan, Adnan Sempit 3 dan semua filem Malaysia terus mendapat sokongan padu peminat filem tempatan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s