Anugerah Lawak Warna – Anugerah Untuk Artis Komedi Malaysia!

Kalau selama nie pelawak hanyalah sebagai hiburan semata-mata dan tidak dipandang setinggi penyanyi atau pelakon hensem macam Aaron Aziz atau Rozita Che Wan, namun semalam telah berlangsung satu majlis gilang-gemilang khas untuk para insan yang telahpun menghiburkan kita bertahun-tahun lamanya.

Majlis yang dikenali sebagai Anugerah Lawak Warna ini adalah satu anjuran Astro dan telah diadakan di Istana Budaya dan menyaksikan beratus-ratus pelawak dan penggiat tanah air hadir memberikan sokongan.

Antara yang hadir memeriahkan suasana adalah dari kalangan artis Maharaja Lawak dan Raja Lawak seperti Afdlin Shauki, Johan, Zizan, R2, Sepahtu, Amir, Ziro, Shiro, Osbon dan pelawak-pelawak otai macam Datuk Aziz Satar, Ahmad Busu, Sabri Yunus, Eby Yus, Didie Alias, Enot, Syanie dan ramai lagi termasuk Rosyam Nor dan Johan Ashaari.

Pada malam tu, artis veteran yang telah pergi meninggalkan kita Jun lalu, Allahyarham S. Samsudin telah diberi penghargaan di mana ianya telah disampaikan kepada anak Allahyarham sendiri dan dihos oleh sahabat baik Allahyarham, Datuk Aziz Satar. Pada malam itu jugak, Othman Hafsham yang bertanggungjawab menaikkan sitcom terkenal sepanjang zaman, Pi Mai Pi Mai Tang Tu turut diberi penghormatan melalui Anugerah Khas Juri. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Prof Hatta Azad Khan.

Malam anugerah semalam nampaknya memihak kepada produksi Instanbul Aku Datang apabila bukan sahaja memenangi Anugerah Filem Komedi Terbaik, malah Anugerah Pelakon Wanita Komedi Filem Terbaik (Lisa Surihani), Lakon Layar Terbaik (Rafidah Abdullah) dan Pengarah Komedi Terbaik (Bernard Chauly).

Majlis semalam memang menjanjikan kelainan dengan persembahan-persembahan yang tidak hanya bergantung kepada lagu-lagu rock zaman otai, tapi berjaya menghiburkan penonton dengan persembahan sketsa dari Sepahtu dan Rahim R2, Muzikal Komedi dari Jambu dan persembahan dari Eby Yus, Osbon dan juga persembahan nyanyian dari Aizad dan Noh Salleh, Waris dan ramai lagi.

Adnan Sempit Mengganas!

Majlis malam tu digamatkan lagi dengan gelagat pengacara Datuk AC Mizal dan Neelofa. MiG Online sememangnya peminat tegar Neelofa namun rasanya mungkin Neelofa sedikit cemas bila nak balas balik punchline Datuk AC Mizal. Mungkin neves bersama-sama dengan tauke gelang kut? Hehe, gurau je.

So, kepada korang yang tak sempat tonton semalam, MiG Online nak share dengan korang keputusan penuh Anugerah Lawak Warna dan beberapa keping gambar sekitar majlis. Yokk!!

Kategori Terbaik

  • 1. Filem Komedi Terbaik: Istanbul Aku Datang
  • 2. Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem): Zizan (Hantu Kapcai)
  • 3. Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem): Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)
  • 4. Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Tv): Sabri Yunus (Kampung Semarah Padi)
  • 5. Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Tv): Jasmin Hamid (Bila Joyah Masuk Tv)
  • 6. Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri): Maharaja Lawak Mega 2012
  • 7. Siri Tv Komedi Terbaik: Keluarga Iskandar
  • 8. Siri Komedi Kanak-Kanak Tv Terbaik: Oh! My English
  • 9. Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bukan Bersiri): Warna Raya 2012
  • 10. Lakon Layar Komedi Terbaik (Filem): Istanbul Aku Datang
  • 11. Lakon Layar Komedi Terbaik (Tv): 7 Dulang Asam Pedas
  • 12. Skrip Komedi Tv Terbaik: Megat Fauzi Sukarnain (Kampung Semarah Padi)
  • 13. Skrip Komedi Filem Terbaik: Rock Oo
  • 14. Pengarah Komedi Terbaik (TV): Azizi Chunk Adnan (7 Dulang Asam Pedas)
  • 15. Pengarah Komedi Terbaik (Filem): Bernard Chauly (Istanbul Aku Datang)

Kategori Popular

  • 1. Artis Lawak Lelaki Paling Popular: Jep Sepahtu
  • 2. Artis Lawak Wanita Paling Popular: Didie Alias
  • 3. Segmen Komedi Radio Paling Popular: Sketsa Johara
  • 4. Video Viral Original Paling Popular: Matluthfi90 – Drama-Drama Sebelum Kahwin

Pelakon Wanita Komedi TV Terbaik – Jasmin Hamid

Persembahan terbaik MiG Online rasa semalam datang dari 3 brader nie. Terbaekk Sepahtu & Rahim R2!!

Pelakon Wanita Komedi Filem Popular – Lisa Surihani

Pelakon Komedi Paling Popular – Jep Sepahtu

3 Terbaik – Didie Alias, Zizan Razak & Jasmin Hamid

Anugerah Khas Juri – Othman Hafsham

Anugerah Khas Sepanjang Zaman – S. Samsudin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s