Zombie Kampung Pisang Serang KL?

Kalau dulu konsep zombie nie bagi penonton filem melayu satu konsep yang asing, tapi sejak kebelakangan nie, MiG Online nampak semakin ramai penerbit dan pengarah yang menjurus ke arah konsep tersebut sejak dari terbitnya filem Zombie Kampung Pisang, Zombie Kilang Biskut dan zombie-zombie dari tempat lain (hehe).

Terbaru, sebuah filem terbitan Lightbulb (anak syarikat Grand Brilliance) arahan Wong Min Jin, seorang pengarah baru iaitu KL Zombi bakal ditayangkan pada 29 Ogos nie lakonan Zizan Razak, Siti Saleha, Izara Aisyah, Zain Hamid, Afiq Izzudin, Usop Wilcha dan ramai lagi. Semalam telahpun berlangsung Malam Gala KL Zombi di E@Curve, Damansara dan dihadiri oleh ramai wartawan, penggiat filem dan peminat.

Penampilan Usop Wilcha sebagai Bro Khalid dalam nie MiG Online rasakan sangat style.

Apa kisahnya filem KL Zombi nie? Alkisahnya pasal geng-geng Nipis (Zizan Razak) iaitu kakak kembarnya Ana (Izara Aisyah, seriously??), Aliff (Zain Hamid), Sofea (Faezah Elai) dan Kamarul (Eidil Putra) yang mana si Aliff nie dengan tak sengaja telah digigit ‘woof woof’ dan dijangkiti wabak zombie. Masih belum tau pasal perkara tu, si Ana yang merupakan skandal si Aliff nie, boleh pulak cumulut dengan Aliff dan mereka berdua terus terkena virus zombie dan sejak tu merebak la virus tersebut sampai satu KL dah kena virus nie. Maka dengan itu si Nipis yang tak terkena virus tersebut berusaha la untuk menyelamatkan penduduk KL dan dibantu oleh Siti Saleha dan ramai lagi. Apa jadi kat dorang? jangan lupa saksikan filem nie 29 Ogos nanti.

Kenangan korang masa sekolah asrama dulu-dulu

Kalau la betul Izara yang nak gigit MiG Online, rasanya MiG Online relakan je. Hehe.

Bagi MiG Online, filem nie yang bestnya adalah pengarahnya berjaya mencedok idea dari filem-filem Hollywood dan membentuk konsep tu supaya masuk dengan elemen komedi dan aksi seperti dalam filem Zombieland, Sherlock Holmes 2 dan jugak drama aksi seperti Geng Bas Sekolah (hehe) dan Oh My English ditambah pulak dengan efek slow-mo yang mengancam dan aksi yang ala-ala 300, KL Zombie nie menjanjikan satu kelainan untuk korang. Haa, macam mana pengarah gabungkan semua tu? Korang kena tengok nanti ok?

Dalang awal KL Zombie. Apa yang Zain buat? Jeng Jeng Jeng

Syamsul Yusof datang memberi sokongan.

Gimik Zombie serang Gala Night KL Zombi

Eidil Putra sebagai Kamarul

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s