Bayangkan Kalau Tak Ada David Teo

Finas pemilik nama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional telah berusia 32 tahun. Finas ditubuhkan untuk membangunkan filem. Sebelum wujud Finas, filem tidak “dibangunkan” seperti sekarang ini.

Tapi walaupun sudah 3 dekad, Finas kelihatan tidak menemui formula untuk menjadikan filem sebagai pembina tamadun bangsa. Pada masa yang sama, formula David Teo untuk menjadikan filem “kilang duit” pula yang berjaya.

Kalau tak silap Siti, David Teo sudah menerbitkan hampir atau pun sudah lebih 100 filem. Filem David Teo pula sebahagian besar mencatatkan kutipan besar.

David Teo menemui formula untuk membuat filem yang boleh mendatangkan keuntungan. Setiap hari David Teo memikitkan bagaimana untuk memenuhi selera penonton Malaysia yang sebahagian besarnya sangat rendah di bawah tahap kritikal.

Maka David Teo pun turu.n di bawah tahap kritikal dan hasilnya dia berjaya memenuhi selera penonton, tabung oksigen perniagaan David Teo. Kita tak dapat menafikan sumbangan David Teo kerana dia banyak membayar cukai pendapatan selain menyediakan peluang pekerjaan.

Dalam zaman serba-serbi materializtik ini, orang lebih banyak bercakap tentang duit. Dalam konteks ini David Teo berada di landasan yang betul. Malah orang yang bercakap mengenai tamadun bangsa pula dianggap terkeluar dari landasan.

Bayangkan kalau tak ada David Teo dalam industri filem kita. Apakah yang boleh dibanggakan, sudahlah kutipan kecik, isi pun tak ada. Setidak-tidaknya dengan ada David Teo kita ada banyak filem walaupun tak banyak yang ada isi. Ternyata formula David Teo membuatkan dia lebih diingati dari Finas.

Formula David Teo diiktiraf apabila dia menjadi salah seorang ahli Lembag Pengarah Finas. Jadi jangan terkejut kalau Finas menggunakan formula David Teo.

Kredit: Mingguan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s