(Gosip) Rapat Dengan Lionel Ritchie, Shila Amzah Dikecam Peminat?

MiG Online nak tumpang gembira dan bangga dengan pencapaian selebriti-selebriti Malaysia kebelakangan nie. Kalau dulu bergambar dengan artis antarabangsa pun kita dah kagum, sekarang bukan setakat tu je, siap berkolaborasi dan berlakon bersama lagi. Antara pencapaian yang diingati adalah seperti Datuk Hattan bersama Jackie Chan, Tan Sri Michelle Yeoh bersama Pierce Brosnan, dan sekarang nie semakin ramai artis muda seperti Yuna, Mizz Nina dan of koz Shila Amzah.

Selepas berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada seni antarabangsa, Shila Amzah yang kini berhijrah ke China dilihat semakin dikenali bukan je di kalangan peminat di Asia, namun lebih dari tu.

Terbaru, Shila Amzah dilihat bersama dengan lagenda barat, Lionel Ritchie di sebuah pentas, mungkin berkolaborasi bersama penyanyi tersebut atau bersama menjayakan satu majlis dan Shila dilihat sangat gembira dapat berjumpa dengan selebriti tersebut sampai la dikritik ‘juri-juri instagram’. Hehe..

Hubungan Nora Danish & Farid Kamil Dingin?

Apa kisahnya? Satu gambar Shila Amzah bersama Lionel Ritchie dimuat naik oleh si comel nie dan terus mendapat reaksi bercampur baur dari para peminat beliau. Ada yang mengkritik seorang wanita bertudung bergambar rapat dengan lelaki bukan muhrim dan ada yang mempertahankan Shila Amzah.

Bagi MiG Online, mungkin kita kena faham apa perasaan Shila waktu tu jugak, kan? Lain la kalau Shila Amzah bergambar dengan Datuk Jalalludin Hassan, beliau pasti faham tertib Islam dan adat Melayu dan takkan bergambar serapat nie, tapi mungkin bukan Lionel Ritchie yang dah menjadi kebiasaan seperti warga barat yang lain, merasakan takde apa kesalahan bergambar seperti beliau dan Shila. Dan Shila sepastinya berasa serba salah waktu tu, kalau la ditolaknya Lionel Ritchie, apa pulak kata mereka, kan?

MiG Online yakin Shila Amzah akan lebih berhati-hati selepas nie supaya kejadian sama tak berulang, Insyaallah.

One thought on “(Gosip) Rapat Dengan Lionel Ritchie, Shila Amzah Dikecam Peminat?

  1. lebih baik shila takut kata Allah dari pada takut kata manusia.. tapi moga shila lebih hati2 lagi lah dalam segala hal.. almakum artis dah jadi sebahagian contoh fans nye… tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s