Nora Danish Temui Cinta Di Indonesia?

Wahh, semenjak dua menjak nie, semakin rancak Nora Danish meluaskan popularitinya di Indonesia. Kalau sebelum nie Nora Danish bergandingan dengan Ahmad Dhani dalam program Republik Cinta, kini Nora Danish dikatakan menjalinkan hubungan dengan seorang aktor kacak terkenal di Indonesia iaitu Randy Pangalila. Betul ke?

Yeap, perkara tu dahpun disahkan oleh pengarah petah berbicara iaitu Michael Ang. Tapi macam mana pulak Michael Ang boleh terbabit? Sememangnya benar Nora Danish menjalinkan hubungan dengan Randy namun hanya dalam drama 13 episod arahan Michael Ang iaitu ‘Ku Kejar Bintang’. Nampak tak permainan? Jangan risau Nora Danish  masih lagi single ok? Hehe.

Bercerita pasal drama nie, Michael Ang berkongsi cerita di Harian Metro di mana beliau sebenarnya memang dah lama ingin Nora Danish berlakon di bawah arahannya dan akhirnya hasrat pengarah tersebut akhirnya kesampaian. Drama ‘Ku Kejar Bintang’ nie akan menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur walaupun pada asalnya drama ini sepatutnya dijalankan di Krabi, Thailand. Kata Michael:

“Perancangan asal saya mahu melakukan penggambaran di Pulau Krabi, Thailand, tetapi kesibukan Nora dan Randy dengan jadual penggambaran masing-masing, terpaksalah rancangan itu dilupakan.

“Walaupun saya berjaya menggandingkan mereka berdua, namun agak sukar untuk menyusun jadual terutama membabitkan watak mereka berdua.

“Banyak kelainan ditonjolkan menerusi drama ini termasuk daripada segi pemilihan pelakon, namun Didie Alias masih dikekalkan bagi menceriakan suasana kerana ia adalah drama komedi romantik,”

Kalau gandingan Elfira dan Randy sebelum nie mendapat sambutan hebat dari kalangan para penonton, agaknya macam mana sambutan peminat untuk gandingan Nora Danish & Randy Pangalila? Adakah dapat menewaskan keSWEETan Adi Putra & Nora Danish? Kita tunggu~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s