Cat Farish Beralih Arah?

Nama Cat Farish bukan satu nama yang baru dalam bidang hiburan tanah air. Sewaktu zaman kegemilangan Too Phat, Cat bersama kumpulannya Ruffedge turut mencipta nama sebaris dengan kumpulan legend tersebut. Beberapa tahun kemudian, Cat Farish membuat keputusan untuk bergerak sendiri dan menubuhkan sebuah kumpulan baru dengan nafas dan irama baru iaitu The Fabulous Cats.

Tahun berganti tahun, geng-geng The Fabulous Cats pun turut bertukar wajah, dari ahli asal Adeep, DJ Sumo dan Ellie sehingga beberapa lagi ahli kumpulan yang lain iaitu Alyah, Wangi Julianda, Farhana, Afif dan Hairool. Sehingga kini, hanya tinggal Zizie dan Cat Farish saja berdiri sebagai ahli Fabulous Cats. Namun bagi Cat itu bukanlah satu masalah kerana sejak penubuhan The Fabulous Cats, beliau memang mengamalkan dasar terbuka sekiranya ahli-ahli kumpulan tu ingin bergerak solo. Kata Cat Farish:

“Sebagai orang yang lebih senior dalam bidang ini, saya berjaya membantu mereka untuk menggapai impian masing-masing. Sekarang hanya saya dan Zizie yang masih teguh bersama The Fabulous Cats tetapi Zizie juga semakin banyak menerima undangan menyanyi secara solo.

“Tiada masalah untuk Zizie bergerak solo, bahkan kami berdua sentiasa menyokong kerjaya masing-masing,”

Kadang-kadang bukan la satu perkara yang mudah untuk bergerak dalam satu kumpulan kerana komitmen dan jugak hal-hal yang lain yang mungkin mengganggu perjalanan sesebuah kumpulan.

“Sukar juga untuk mereka bergantung kepada satu sumber pendapatan, malah saya sendiri turut mencipta lagu, berlakon dan menulis skrip. Kita tidak boleh menyekat rezeki orang lain. Yang hilang pasti berganti dan saya gembira kerana artis baru yang menjadi keluarga baru The Fabulous Cats percaya mereka boleh mempelajari sesuatu bersama kumpulan ini,”

• Lagu Baru Nora Danish & Farid Kamil

Gembira dengan platform yang disediakan dalam The Fabulous Cats, sekarang nie Cat Farish muncul dengan kumpulan ke-3 iaitu Tiga Swagger, satu kumpulan yang fokus kepada irama hip-hop yang lebih segar dan mengikut trend pendengar muda sekarang. Yang bestnya lagi, kumpulan nie dahpun bernaung di bawah Luncai Emas, syarikat rakaman milik Datuk M. Nasir dan sedang dalam proses menyiapkan single terbaru dorang iaitu Power.

“Apa yang menarik, Tiga Swagger sudah dilamar syarikat milik Datuk M Nasir, Luncai Emas Sdn Bhd untuk bernaung di bawah syarikat itu. Single sulung Tiga Swagger berjudul Power sudah pun siap yang mengetengahkan konsep lagu dan muzik baru.

“Saya tak mahu Tiga Swagger sama dengan kumpulan lain kerana saya buat lagu sekarang untuk masa depan generasi akan datang. Mereka perlukan muzik baru,”

Semoga Cat terus sukses dan memberi nafas baru untuk industri hiburan Malaysia.🙂

Kredit: Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s