Kilafairy Lebih Menonjol Sebagai Simbol Seks?

Nama Kilafairy mula disebut-sebut selepas membintangi filem Karak beberapa tahun dahulu dan semenjak tu, Kilafairy semakin dikenali dan pernah beberapa kali dihimpit kontroversi dek kerana penampilan dan wajahnya yang membuatkan para lelaki cair.

Perkara tu memang disedari oleh Kilafairy dan ia bukan la sesuatu yang dibanggakan oleh anak dara selebriti Rohana Jalil nie. Malah selepas 4 tahun berkecimpung dalam bidang hiburan nie, Kilafairy ingin mengubah persepsi masyarakat terhadap dirinya.

Kata Kilafairy:

“Selama empat tahun saya berada dalam industri dan sepanjang itu gelaran simbol seks terus melekat pada saya. Mungkin selama ini tiada lagi lakonan saya yang benar-benar memberikan impak dan dapat mengukuhkan nama saya, tapi saya percaya semua itu perlukan masa.

Banyak tawaran lakonan terutama filem memerlukan saya tampil seksi dan ada babak di ranjang, tapi saya terpaksa tolak dengan baik untuk mengikis persepsi ini. Sekarang pun saya cuba mengubah penampilan contohnya mengurangkan solekan dan berpakaian lebih sedap mata memandang,”

• Kisah Seram Sebenar Highland Tower?

Betul cakap Kilafairy. Bagi MiG Online, fizikal hanya sementara, tapi yang penting bakat dan sumbangan kepada bidang yang diceburi, tu lagi penting sebab itu la yang akan dikenang oleh masyarakat sampai bila-bila. Semoga Kilafairy terus berjaya adlam bidang nie sekaligus menjadi pelapis primadona seperti Erra Fazira, Ziana Zain dan Nasha Aziz.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s