Hati Seorang Gangster Dalam Dampak

Tengahari tadi telah berlangsung media screening filem Dampak, sebuah filem aksi lakonan mantap Aaron Aziz, Farid Kamil, Intan Ladyana, Jue Evans, Scha Al- Yahya, Michael Chin, Cat Farish, Wan Hanafi Su, Yank Kassim dan ramai lagi. Filem nie merupakan arahan sulung Andy Mak dan Lai Yuk Long di bawah Displaymax Sdn Bhd dan Ops Picture Sdn Bhd.

Filem nie mengetengahkan kehidupan 5 orang adik-beradik angkat iaitu Idrus (Aaron Aziz), Giran (Farid Kamil), Qysa (Intan Ladyana), Maria (Jue Evans) dan Zafran (Michael Chin) yang berasal dari sebuah pulau dan pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari salah seorang adik angkat mereka yang lari untuk mencari kehidupan baru. Namun perjalanan mereka bukan mudah selepas mereka berjumpa dengan salah seorang kumpulan Lambang Merah iaitu Botak (Cat Farish).

Pertemuan mereka dengan Botak membawa mereka berjumpa dengan taiko gangster besar kat sana iaitu Tiger Lang (Yank Kassim) yang menyimpan satu rahsia berkenaan kelima-lima adik-beradik angkat tersebut. Pertemuan mereka akhirnya membawa kepada perbalahan beberapa kumpulan gangster yang lain dan apa yang berlaku akhirnya? Korang kena la tonton filem nie yang akan ditayangkan pada 19 September ini.

Nora Danish & Farid Kamil Bertegang Urat?

Bagi MiG Online, filem nie mengetengahkan satu konsep yang menarik dan nampak luar dari kebiasaan filem aksi yang terdapat di Malaysia. Dengan idea fresh dari pengarah, filem nie mampu membawa penonton ke satu pemandangan lain mengenai dunia gangster. Filem nie lebih menunjukkan sisi lain gangster yang tidak hanya bergaduh, namun sebagai seorang manusia, bagaimana mereka menangani masalah-masalah yang dihadapi mereka.

Selain tu of koz la pemilihan pelakon-pelakon gempak yang ada dalam filem nie yang konfim takkan mengecewakan korang dengan lakonan mantap mereka. So kepada korang jangan lupa saksikan filem nie nanti. Yokk!!

Intan Ladyana dengan skil aksi yang lebih mantap.

Farid Kamil sebagai Giran

 

Cat Farish kembali menceriakan layar perak sebagai Botak.

Pelakon paling lincah dalam filem Dampak, Michael Chin.

 

Kepala gangster, Yank Kassim sebagai Tiger Lang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s