(Peraduan) Jom Tonton Filem Bencinta!

Dalam rumahtangga, cinta sememangnya merupakan satu tiang yang perlu dijaga supaya sentiasa utuh. Tanpa cinta, dinding kesetiaan yang dibina mampu roboh, membawa kepada ribut benci yang dulunya kasih. Wahh, cukup romantik tak? Hehe.. Kenapa pulak nak berpuitis kat sini? Sebabnya 26 September nie, filem  yang ditunggu ramai peminat Farid Kamil dan Nora Danish, Bencinta akan menemui peminat di pawagam seluruh negara. Nak tau lagi lanjut pasal filem nie?

Filem nie mengisahkan Fathia (Nora Danish) yang bekerja sebagai pelayan di kafe rakannya. Kecantikan dan keramahan Fathia menyebabkan Faisal (Farid Kamil) jatuh hati lalu memikat Fathia. Kehidupan mereka sangat sweet dan bahagia sehinggalah mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Tiara. Segalanya berubah apabila Faisal mula lalai dengan tanggungjawabnya menjaga isteri dan mula berskandal.

Fathia yang mengetahui perkara tersebut menggesa Faisal memberitahu perkara sebenar sehinggalah…?

Filem nie turut menampilkan nama-nama besar yang lain seperti Fezrul Khan, Uqasha Senrose, Zalif Sidek, Angeline Tan dan Azlan Komeng. Korang nak tonton filem nie dengan para pelakon? Boleh, jom tengok caranya kat bawah nie.

1. Jawab soalan-soalan berikut

a) Berikan 1 quote / ayat / pantun / tak lebih dari 30 patah kata pasal Benci tapi Cinta.

b) Siapakah yang memegang watak sebagai Fathia dalam filem Bencinta?

c) Bilakah filem Bencinta akan ditayangkan?

2. Camne nak hantar? korang boleh hantar jawapan korang ke email nie dengan tajuk “Jom Tonton Bencinta”

Sertakan butiran-butiran seperti berikut:

a) Nama Penuh Mengikut I/C

b) No Telefon

c) Email

d) Alamat Penuh Surat-Menyurat

3. Hantar jawapan korang ke:

metrowealthonline@gmail.com

(Anda akan dihubungi melalui email sekiranya terpilih. Sekiranya terdapat penukaran nama, sila maklumkan melalui pengesahan kedatangan anda melalui email. Terima Kasih)

Sila hantar sebelum 17 September 2013

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s