Minggu Cinta Selebriti Malaysia

Sememangnya kisah hidup dan pengalaman selebriti di mana pun seringkali akan menjadi perhatian para peminat yang sentiasa dahagakan perkembangan terbaru mereka. Durasi selama seminggu nie kalau korang tengok sepertinya minggu cinta bagi tiga selebriti iaitu Hanez Suraya, Fizo Omar dan Nabila Huda. So apa kisahnya?

Hanez Suraya

Beberapa hari lepas tersebar beberapa keping gambar Hanez Suraya bersama seorang jejaka bertuah yang katanya hanya seorang rakan biasa dan masih dalam peringkat mengenal hati budi. Kata Hanez:

“Saya masih solo tanpa teman istimewa. Lelaki dalam gambar tersebut hanyalah seorang kawan yang turut berada di sana sewaktu saya sedang bekerja. Dia hanya teman biasa. Saya tidak risau untuk berdepan dengan pihak media dan sedia menjelaskan mengenai gambar-gambar tersebut,”

MiG Online teringin pulak rasanya nak jadi kawan Hanez, peramah dan tak sombong, kan? Anyway harapnya proses kenal budi Hanez dan jejaka tersebut lancar dan kekal hingga ke jinjang pelamin.🙂

Nabila Huda

Salah seorang selebriti yang seringkali mendapat perhatian media dan peminat. Nabila Huda yang sebelum nie mendapat perhatian akibat kes kemalangan jalan raya yang melibatkan Nabila, Syazwan Zulkifli dan anak Nabila, Keisha kini hangat pulak dengan gosip cintanya bersama seorang DJ di Singapura. Kata sumber yang rapat dengan Nabila Huda, Nabila menghabiskan masa syawalnya bersama dengan keluarga jejaka tersebut. Betul atau tak masih lagi tak dapat dipastikan kesahihannya. Sama-sama la kita nantikan update terkini ok?

Fizo Omar

Nie berita yang tak hangat tapi sejuk hati mendengar. Fizo Omar dengar katanya dahpun bertemu cinta hatinya di sebuah kedai tudung ternama di Malaysia. Wahh, macam pelik je dengar. Anyway Fizo Omar kini dikatakan akan melangsungkan majlis pertunangan bersama dengan model tudung Fareeda, Mawar yang juga anak kepada pengusaha tudung berkenaan. Kata Fizo Omar, status artis tak sedikitpun mencairkan hati gadis cantik nie namun berkat kesabaran dapat jugak Fizo mencuri hati Mawar. Kata Fizo:

“Susah sebenarnya hendak dekat dengan dia (Mawar). Walaupun status saya sebagai artis. Dia sangat tegas dan komited pada kerjanya. Saya kagum melihat dia menguruskan perniagaan ibunya. Dia bukan jual mahal masa mula-mula saya ingin mendekatinya tetapi dia terlalu komited terhadap kerjanya,”

Kherlass~ Bukan mudah nak tengok gadis semuda Mawar yang baru berusia 22 tahun komited pada kerja dan tidak mengejar cinta. Hehe. Anyway apa kata Mawar pasal Fizo? Apa yang buatkan Mawar tertarik dengan artis kacak nie?

“Saya tidak memandangnya sebagai artis tetapi melihat pada cara dia berniaga. Dia bersungguh dalam kerjanya. Pada masa yang sama, ibu merestui hubungan kami. Saya tidak pernah ada hubungan yang serius sebelum ini. Mama yang banyak nasihat saya supaya tidak terlalu garang dan dia juga melembutkan hati saya untuk menerima Fizo,”

Kesimpulannya, dari hanya kawan, katanya bercinta dan nak bertunang, macam-macam perkembangan terkini selebriti dalam seminggu nie, belum masuk lagi yang melangsungkan perkahwinan dan jugak yang akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Nantikan update seterusnya yea. Yokk!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s