(Gosip) Fizz Fairuz, Almy Nadia Bakal Nikah Tahun Depan

Bila MiG Online terbaca je pasal kisah terbaru pasangan nie, MiG Online terus rasa happy sebab MiG Online sebenarnya memang suka tengok dorang nie bersama. Terbaru selepas pelbagai rintangan yang dihadapi oleh kedua-dua selebriti nie, Akhirnya Fizz Fairuz mengesahkan yang dia bakal menikahi Almy Nadia tahun hadapan.

Bercakap pada media di bootcamp Liga Lawak Superstar di Hulu Langat, Fizz Fairuz berkata beliau sudahpun membawa Almy berjumpa ibunya dan bakal berjumpa dengan keluarga Almy di Pulau Pinang sedikit masa lagi.

Fizz bagaimanapun dikatakan enggan bertunang dan akan terus melangsungkan pernikahannya bersama Almy Nadia nanti.

Kata Fizz Fairuz, perkenalan selama 7 tahun dah cukup untuk Fizz mengenali Almy. Kata Fizz Fairuz:

“Taknak dah tunggu lama-lama. Saya tak mahu pisang berbuah banyak kali. Jadi saya ambil keputusan untuk berkahwin dan InshaAllah secepat mungkin, tahun depan. Tapi sebelum tu saya nak lepaskan majlis adik saya terlebih dahulu”

Atas sebab sejarah silam, ada yang mengkritik pasangan ini selepas pernah dilaporkan putus di tengah jalan sebelum nie tapi kata Fizz lagi:

“Inilah yang dinamakan jodoh. Jodoh saya kembali dengan Almy. Dah 7 tahun kami berkawan. Bagi saya, Almy cukup lengkap pakej sebagai seorang isteri. Lepas kahwin nanti duduk rumah, setiap hari Almy masak untuk saya,”

Bagi MiG Online, setiap orang ada melakukan kesilapan. Apa yang terbaik dan patut dipuji adalah Fizz bersikap gentleman dan mengaku kekhilafannya sebelum nie. Bagi MiG Online, ini la ciri-ciri lelaki yang patut dicari. Bukan ka? Apapun tahniah buat Fizz Fairuz dan Almy Nadia dari MiG Online.

Kredit: Rotikaya

One thought on “(Gosip) Fizz Fairuz, Almy Nadia Bakal Nikah Tahun Depan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s