(Gosip) Fauzi Nawawi & Aktres Jelita… Ada Apa-Apa?

Fauzi Nawawi, brader macho yang kini membintangi sebuah drama Astro Prima, Dia Suamiku yang akan bersiaran pada 14 Oktober nanti nampak je macam garang & sombong. Namun hakikatnya Fauzi Nawawi adalah salah seorang selebriti yang mudah didekati dan peramah. Mungkin kerana keramahan Fauzi nie menyebabkan timbul spekulasi seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro yang katanya ada seorang bintang realiti yang rapat dengan Fauzi Nawawi. Apa betul ke spekulasi tersebut?

Bintang realiti yang dimaksudkan adalah Noni AF5 yang mana mereka berdua dikatakan menjalin hubungan… Erkk?!

“Hubungan kami rapat atas dasar kerja dan tidak lebih daripada itu. Saya juga ‘anak diidk’ Fauzi kerana dia banyak membimbing saya dan memberi pelbagai tip dalam bidang lakonan.

Bukan saya saja, malah ramai lagi artis lain yang menimba ilmu lakonan dengannnya seperti Ika Nabella, Reen Rahim, Agnes Wong dan ramai lagi, tapi mengapa saya pula yang digosipkan dengannya?”

Noni dikatakan mula rapat dengan Fauzi Nawawi selepas menyertai Jelajah Festival Filem Malaysia tahun ini namun pertemuan tersebut turut bersama dengan isteri Fauzi, aktres Lis Dawati. Fauzi Nawawi menyatakan yang Noni memiliki pakej lengkap dan menawarkan Noni berlakon dalam drama arahannya.

Sebenarnya menurut Noni mereka hanya rapat atas dasar profesional dan tidak melibatkan sebarang perasaan peribadi. Malah Noni mendakwa bukan saja rapat dengan Fauzi Nawawi, malah dengan isterinya, Lis Dawati. Tambah Noni, dia berharap namanya tidak lagi dikaitkan dengan Fauzi Nawawi kerana risau akan mengguris hati keluarganya.

Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi, berpijak pada bakat sendiri. Yokk!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s