LONGKAI Papar Kehidupan Pemandu Tow Truck!

Filem aksi berdasarkan kisah hidup Tonto atau pemandu ‘tow truck’, LONGKAI telahpun memulakan tayangan hari nie di seluruh pawagam berdekatan korang. Filem nie sememangnya sangat special kerana pertama kali menampilkan elemen ‘tow truck’ sebagai medium cerita dan jugak kemunculan 2 pelakon otai yang cukup menyengat, Faizal Hussein & Erra Fazira! Perghhh!!

Filem LONGKAI nie turut menampilkan pelakon berbakat besar yang semakin meningkat naik iaitu Niezam Zaidi, Wawa Zainal, Epy Kodiang, Along Eyzendy, Atikah Suhaime, Zul Suphian dan ramai lagi. Selain tu, Dira Abu Zahar & Black Hanifah pun ada menambah rencah dalam filem nie.

Kisahnya adalah pasal adik-beradik LONGKAI, Bada (Faizal Hussein) & Edie (Niezam Zaidi) yang hidup mereka sentiasa berkait dengan pekerjaan dorang. Rima (Dira Abu Zahar) pulak boleh dikatakan bos dorang jugak sebab kereta-kereta yang dorang tarik akan dibawak ke bengkel Rima. Nak jadi cerita, Edie nie bermusuh dengan Mojo (Along Eyzendy) yang jugak seorang Longkai. Mojo nie agak loser jugak sebab selalu kena buli dengan Edie. Hidup Bada dan Edie yang sentiasa ceria tiba-tiba didatangi oleh Zarina (Erra Fazira) membuatkan segalanya kacau bilau. Apa yang jadi? Korang boleh tonton filem LONGKAI nie untuk tau apa kisah dalam filem nie.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s