(Gosip) Dakwaan Kuarantin Mengarut – David Teo

Susulan dari sidang media yang diadakan oleh Aeril Zafrel dan Wawa Zainal semalam, keduanya mengaku telah bernikah dua kali dan mempunyai anak, dan mendakwa melakukan demikian kerana Wawa takut dimarahi MIG (Metrowealth International Group yang dimiliki oleh David Teo).

Wawa juga mendakwa pernah dikuarantin selama sebulan oleh MIG untuk menghalangnya berjumpa dengan Aeril. Namun melalui mStar Online, David Teoh menyifatkan tuduhan tersebut sebagai mengarut:-

“Tidak mungkin! Itu tuduhan mengarut. Jika benar di kuarantin, macam mana Wawa boleh menyelinap keluar daripada kediaman yang pihak MIG sediakan untuk berjumpa dengan Aeril? Dan jika di kuarantin, maka mereka tidak mungkin boleh ada anak, bukan?”

David juga menafikan dia tidak membenarkan artis di bawah naungannya berkahwin:-

“Saya menafikan sekeras-kerasnya. Memang dalam kontrak kami tidak membenarkan artis bercinta. Tetapi mereka boleh membuat pengesahan kepada pihak pengurusan sekiranya mereka sudah berkahwin.

Kami membuat perkara ini bagi menjaga maruah artis itu dan untuk mengelak perkara yang tidak diingini seperti ditangkap khalwat selain menjaga nama baik syarikat, itu sahaja. Cuba lihat artis-artis sebelum ini seperti Lisa Surihani, Farid Kamil dan terbaharu, Diana Amir, mereka semua membuat pengesahan dengan pihak syarikat mengenai status diri masing-masing,”

David turut menambah yang setakat ini Wawa tidak melanggar kontrak, tetapi dia sepatutnya membuat pengesahan mengenai status dirinya sebagai seorang isteri dan ibu. David juga masih menerima Wawa sebagai artis naungan MIG kerana berpendapat kejelitaan Wawa boleh membawanya lebih jauh dalam industri seni tempatan.

Apa pun dinasihatkan kepada sesiapa pun, sekiranya sudah bernikah, hebahkanlah, tidak perlu menipu hanya kerana takut pandangan manusia.

Kami pasti orang seperti David Teo juga masih mempunyai budi bicara, terbukti kerana ramai juga artis di bawah MIG yang berkahwin tanpa sebarang masalah sebelum ini. Ini kerana bila sekali kita menipu, kita terpaksa mencipta pula penipuan-penipuan yang lain, sehingga melibatkan pula nama agama. Apa pendapat anda?

Kredit Teks: Beautifulnara

One thought on “(Gosip) Dakwaan Kuarantin Mengarut – David Teo

  1. Padahal menikah juga ibadah… Wawa tak perlu malu dan seharusnya bersyukur dapat suami dan anak. Karir dalam dunia aktif tidak melihat status menikah ke tidak, yang dilihat penonton adalah lakonan nya ok ke tak??? Apa puan itu semoga jalan keluar tbaik untuk kedua nya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s