Syamsul Yusof Kembali?

Filem KL Gangster 2 telahpun berada di pawagam pada 3 Oktober lalu dan mengikut Datuk Yusof Haslam, filem aksi dinanti ramai itu telahpun mendapat kutipan sebanyak RM3.1 juta selama 4 hari tayangan dan beliau tidak berani mensasarkan kutipan namun berharap ia mampu mengutip sebanyak RM7.5 juta apabila habis ditayangkan kelak.

Berikutan bocornya filem KL Gangster 2 di internet lebih kurang sebulan sebelum tayangan, pengarahnya, Syamsul Yusof dikatakan merajuk dan memencilkan diri di dalam bilik dan menjauhkan diri dari pihak media serta keluarganya. Namun dengan sambutan positif terhadap filem KL Gangster 2 ini, Syamsul dilihat kembali bersemangat dan mula menghubungi keluarganya.

“Syamsul kini tinggal bersama adik saya. Saya masih belum berkesempatan berjumpa dengan dia. Tetapi semalam (Ahad) dia baru saja mula bermesej dengan ibunya. Biasalah, anak lebih rapat dengan ibu. Malah ibunya juga ada berpesan, bagi dia sedikit masa untuk menenangkan fikiran,” kata Datuk Yusof Haslam.

Alhamdulillah kalau Syamsul mula bersemangat semula. Bukan apa, sekiranya Syamsul tidak meneruskan perjuangan, kita mungkin akan kehilangan seorang anak seni yang berbakat besar. Kepada korang yang belum tonton, jom kita sama-sama hangatkan filem KL Gangster 2 di pawagam. Rosyam Nor gempak dalam tu & lagi feeling Gila-Gila Remaja kalau korang tengok filem Longkai jugak sebab ada Faizal Hussein. Baru la mengembalikan nostalgia filem evergreen.😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s