(Gosip) Johan Asaari Nak Lamar Shila Amzah?

Wahh, penangan Balada Pencinta, sampai pelakon utamanya, Johan Asaari pun nampak macam tak sabar nak bercinta dah. Hehe. Pelakon kacak yang memang dikenali ramai nie, Johan Asaari akhirnya mengaku yang dia sememangnya sedang menjalinkan hubungan dengan seorang gadis berstatus artis, yang mana ramai dah maklum kemungkinan besar artis yang dimaksudkan tu ialah Shila Amzah.

Footage seram dijumpai!

Memetik kenyataan Johan melalui laman web Mstar:

“Saya dan dia, masing-masing tahu yang kami saling menyukai antara satu sama lain tetapi kalau boleh kami tidak mahu mengesahkan sebagai pasangan kekasih.

Pada saya biarlah kami diikat sebagai ikatan suami isteri yang sah, barulah boleh merasai nikmat bercinta itu. Keadaan ini juga sebenarnya lebih mudah kerana andaikata tiada jodoh, kami boleh membawa haluan sendiri,”

Tambah Johan lagi, dengar katanya dia bakal merisik dan melamar kekasihnya tu dalam tahun nie jugak… Wahh.. Apapun, kata Johan lagi:

“Perhubungan yang dijalinkan sekarang ini lebih kepada kepercayaan antara satu sama lain tanpa perlu menjadi kekasih. Jadi, memandangkan kami sekarang ini sibuk dengan urusan kerja seni, biarlah tugasan itu diselesaikan dahulu.

Malah, kami biarkan masing-masing mengejar cita-cita dahulu sehingga berpuas hati dengan zon masing-masing. Andaikata perhubungan ini menjadi, InsyaAllah saya akan sebarkan pada semua, doakan ya,”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s