(Gosip) Nora Danish Dah Declare?

Kalau sesiapa pengikut tegar Instagram Nora Danish yang sekarang nie dahpun mencecah 538,000 (dah macam artis Hollywood) sepastinya sedar yang kebelakangan nie Nora sering memuatnaik gambarnya bersama seorang jejaka stylo bernama Nedim. Mungkin jugak ada yang tertanya-tanya kenapa selalu sangat?

Nabila Huda pendam perasaan pada Yana Samsudin?

Sebenarnya ada sebab kenapa Nora Danish memuatnaik gambar-gambar tersebut. Kalau sebelum nie, Nora Danish seringkali dikaitkan dengan pelakon lelaki yang bergandingan bersamanya, sehinggakan timbul pelbagai gosip yang kadang-kadang tak sedap nak dengar.

Kata Nora melalui Hip (Berita Harian):

“Sebelum ini, Nora sering menjadi mangsa gosip dengan ramai lelaki. Setiap kali Nora berlakon dengan artis lelaki, pasti akan timbul gosip kami bercinta. Dengan Adi Putra, Shaheizy Sam lah, tetapi semua itu tak benar.

Jadi apabila Nora letak gambar bersama Nedim, Nora harap semua orang faham dan tak kaitkan Nora dengan mana-mana lelaki lagi,”

Elok la apa yang elok dikongsi kepada umum, bukan apa, takut la nanti menimbulkan fitnah, ada pulak orang lain yang tersangkut sekali, mungkin jugak orang yang tak ada kena-mengena pun terjebak, kan?

Kepada Nora Danish, ini ucapan dari para peminat (terutamanya para jejaka) Untungggggg laaaaaaa Nedim. Ok, jom buat kerja dengan hati kecewa. Haha.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s