(Gosip) Pekin & Uqasha – Masihkah Atau Tidak?

Hmm, hari nie MiG Online berfikiran satu hari mana satu saluran yang MiG Online boleh ikut, sebab ada saluran yang ke kanan, ada yang ke kiri, jadinya MiG Online confuse. Pasal apa? Ceritanya gini, Pagi tadi kita dikejutkan dengan berita mengatakan yang si cantik manis Uqasha Senrose & si kacak bergaya Pekin Ibrahim dikhabarkan putus tunang (atau putus cinta?) oleh beberapa media tempatan.

Khabarnya mereka putus kerana kehadiran orang ketiga iaitu Sharnaaz Ahmad. Betul ke?

Ikut kata Kosmo:

“Pada mulanya memang ada sedikit perselisihan faham kecil yang berlaku antara kami berdua dan bagi saya ia merupakan suatu perkara yang normal dalam sesebuah hubungan itu.

Namun begitu, saya tidak menyangka pula dia tiba-tiba mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan dengan Sharnaaz Ahmad dan sudah tentu ia suatu perkara yang sukar untuk diterima.

Ya, saya memang ada semua bukti yang menunjukkan Uqasha ada menjalinkan sulit dengan Sharnaaz. Jadi, dia tidak perlu menafikan mengenai perkara tersebut.

Lagipun, ia bukan kali pertama dia berperangai sedemikian dan ini sudah masuk kali yang ketiga. Sebelum ini saya masih mampu memaafkan dirinya tetapi untuk kali ini saya rasa lebih baik kami berpisah sahaja,”

Pekin malahan sempat berpesan kepada Sharnaaz Ahmad:

“Saya sudah bertekad untuk tidak lagi menerima dirinya setelah apa yang berlaku sekarang ini dan beranggapan tiada jodoh antara kami.

Saya juga berpesan kepada Sharnaaz supaya menjaga Uqasha sebaik-baiknya kalau mereka memang benar-benar bercinta.

Secara jujurnya saya memang berasa sangat kecewa kerana sepanjang menjalinkan hubungan dengannya, saya tidak pernah bersikap curang.

Sepanjang kami bersama, saya berusaha untuk menjadi lelaki yang terbaik kerana saya serius mahu mengambilnya menjadi isteri saya,”

Manakala kata Uqasha pulak:

“Saya tidak sangka seorang pelakon yang sudah 16 tahun dalam industri tergamak memberikan kenyataan melulu kepada media tanpa berbincang dahulu dengan saya. Saya tiada hubungan langsung dengan Sharnaaz,”

“Kami bergaduh dan kemudiannya putus bukan disebabkan orang ketiga. Ia berpunca dari sikap kasar dan panas barannya. Walaupun dia tidak pernah memukul saya tetapi dia sering memarahi dan memutus hubungan kami. Selang lima minit kemudian dia akan memujuk saya semula”

Walau macam mana pun, Uqasha mengaku yang dia masih menyayangi dan menyintai Pekin Ibrahim dan meminta Pekin mengemukakan bukti dahulu seperti apa yang dikatakan.

Siapa pilihan Intan Ladyana?

Namun, mengikut Oh Bulan yang sempat menghubungi Pekin, lain pulak ceritanya. Katanya:

Sebenarnya semua ni salah faham je. Beberapa hari lepas, saya dapat tahu Uqasha ada berjumpa dengan Sharnaaz. Bila tahu macam tu, saya bengang la. Saya terus tak angkat panggilan telefon dari Uqasha. Siapa yang tak marah kalau dapat tahu kekasih kita keluar dengan orang lain.

Tapi bila saya berjumpa dengan Sharnaaz semalam, barulah saya dapat tahu yang mereka sebenarnya tengah rancang surprise birthday party untuk saya. Dan kebetulan masa itu, mereka juga sedang terlibat dengan sebuah penggambaran.

Bila saya tahu perkara sebenar, saya minta maaf pada Uqasha dan sekarang ni hubungan kami seperti biasa,”

Hmm… apapun seeloknya setiap pasangan kaji la betul-betul hujung pangkalnya, dari elok hubungan yang terjalin mampu membawa hingga hujung nyawa, tiba-tiba hanyut dipukul ombak petang. Chewaahh.. Hehe.. Korang rasa pulak camne?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s