(Gosip) Kamal Adli Terasa Hati Dengan Fizo Omar?

Umum mengetahui yang Kamal Adli & Fizo Omar nie memang sangat rapat dah macam isi dengan kuku, kacang dengan kulitnya. Hehe.

Minggu lepas Fizo Omar dahpun melangsungkan perkahwinan bersama gadis pilihannya iaitu Mawar. Kamal Adli yang merupakan antara selebriti yang hadir malahan menjadi antara mereka yang membawa hantaran Fizo untuk pengantin perempuan.

Berpeluang bertemu dengan Kamal masa hari pernikahan Fizo, si hensem nie berkata yang dia tercabar dan tak sangka kawan baiknya berkahwin lebih awal darinya dan menganggap ianya sebagai pemberi semangat untuk Kamal Adli turut ikut jejak langkah Fizo.

“Insyaallah kalau ada rezeki, saya akan kahwin. Saya memang tak nak tunggu lama. Tapi bukanlah dalam masa terdekat ini,”

Kata Kamal Adli, dia bakal berkahwin dengan pilihan hatinya selewat-lewatnya dalam masa dua tahun lagi.

“Masa dua tahun itu digunakan untuk saya mempersiapkan diri dan melengkapkan apa yang sepatutnya sebelum menjadi seorang suami. Tapi kalau katakan dalam masa dua tahun ini saya masih tidak berkahwin lagi, saya boleh anggap diri saya ‘loser’ lah,”

“Banyak yang perlu bersedia, Intan pun tak mendesak dan dia sangat memahami,”

Bagaimanapun, walau Kamal Adli sangat happy dengan perkahwinan Fizo, dia tak menafikan terasa hati dengan kawan baiknya tu kerana tak pernah tau Fizo ada berkenalan dengan Mawar dan hanya sewaktu majlis perkahwinannya nie la Kamal baru berpeluang bertemu dengan isteri kawan baiknya tu.

“Saya tak pernah kenal Mawar dan saya sangat terkejut bila dapat tahu dia nak kahwin. Masa dia buat kejutan melamar Mawar pun dia tak beritahu saya. Masa mereka nikahlah saya baru jumpa Mawar,”

Anyway, MiG Online mendoakan murah rezeki Kamal Adli, boleh la lagi cepat tengok Kamal & Intan bersatu. Mesti cute giler majlis dorang nanti, kan? Apapun, Intan Ladyana tengah konfius nak pilih siapa. Bukan dalam ┬árealiti tapi dalam filem yang ditayangkan hari nie iaitu filem Aku Pilih Kamu. Hehe…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s