Kemunculan Sulung Ustaz Azhar Idrus & Shiro Dalam UMTAD!

Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang bakal ditayangkan di seluruh pawagam di negara bermula pada 28 November nie, pastinya peminat Shiro & UAI tak sabar nak tonton filem yang menjadi kemunculan pertama kedua-dua ikon besar tanah air nie. Anyway, untuk korang yang nak tau lebih lanjut mengenai filem nie, korang boleh dapatkan Berita Harian yang ada beri review pasal filem nie. Yokk!!

Biarpun pertama kali muncul di layar perak, pujian wajar diberikan kepada bakat program Raja Lawak, Shiro yang menghidupkan filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang (UMTAD).

Tanpa perlu mimik muka berlebihan seperti kebanyakan pelawak, Ajak dan gandingannya, Shahrol mampu menggeletek perasaan penonton dengan dialog spontan dan bahasa tubuh masing-masing.

Nyata, pasangan duo ini ‘memberi’ seperti yang dimahukan pengarahnya, Pierre Andre yang mensasarkan filem dakwah ini memberi pengajaran kepada khalayak dan menghiburkan.

Malah, akui sutradara muda ini, biarpun judul serta hebahan awal menjurus kepada pembabitan Ustaz Azhar Idrus yang menjadi subjek pencarian dua watak utamanya, Muiz (lakonan Ajak) dan Dadu (Shahrol), tumpuan filem ini sebenarnya berbeza. Ia menceritakan kisah pengembaraan Muiz dan Dadu menuju ke lokasi ceramah pendakwah terbabit.

“Muiz dan Dadu mahu mencari Ustaz Azhar yang mereka kagumi. Tanpa wang, mereka menempuh pelbagai cabaran hingga akhirnya bertemu idola yang membuka hati mereka untuk lebih dekat kepada-NYA.”

Menurut Pierre Andre lagi:

“Misi saya hanya satu, mahu anak muda kembali ke tiang agama iaitu solat. Ini kerana sembahyang asa segala-galanya. Kami bertuah kerana Ustaz Azhar bersetuju tampil sebagai dirinya sendiri,”

So kepada korang yang tak sabar nak nantikan kemunculan sulung Ustaz Azhar Idrus, jangan lupa saksikan filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang di pawagam 28 November ini.🙂

One thought on “Kemunculan Sulung Ustaz Azhar Idrus & Shiro Dalam UMTAD!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s