MiG Jawab Isu Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang

Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang (UMTAD) telah berada di pawagam bermula 28 November lalu dan baru-baru ini timbul isu-isu berkaitan filem ini dan MiG terpanggil untuk menjawab beberapa isu supaya tak timbul sebarang spekulasi di masa akan datang.

1. Bayaran Ustaz Azhar Idrus Bayaran yang diberi berpatutan mengikut nama Ustaz Azhar Idrus itu sendiri. Kami ingin memasukkan seberapa tinggi nilai komersial yang boleh di dalam filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang dan bukan kesalahan Ustaz Azhar Idrus untuk menerima bayaran tersebut kerana ianya adalah setimpal dengan imej Ustaz Azhar Idrus yg mampu memberi aura kepada filem tersebut dan ternyata aura tersebut ada dalam filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang. Sebagai bukti 4 hari filem Ustaz Mu Tunggu aku Datang ditayangkan, ianya telah berjaya mengutip RM1.4 juta.

2. Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang menjadi bahan politik. Isu ini adalah sensitif jika dibincangkan. Namun sewaktu menjalankan pengambaran, tak terlintas oleh kami bahawa filem ini dibuat untuk mana-mana pihak. Ia hanya dakwah untuk semua.

3. Komedi di dalam Dakwah. Komedi adalah satu elemen yg boleh menarik mnat semua orang. Semua suka komedi dan ketawa. Kami yakin Ustaz Azhar Idrus adalah calon yang sesuai berdasarkan imej beliau yang berdakwah secara santai. Bayangkan jika filem dakwah ini disampaikan secara seram/aksi, bukan mudah untuk para penonton menerima dakwah & mesej yang ingin disampaikan. Komedi juga subjektif bagi setiap individu. Ada yang komedi ringan pun dah gelak macam bumbung nak jatuh tapi ada pula yang buat lawak sampai bumbung jatuhpun takkan gelak. Apa yang penting ialah mesej yang disampaikan dapat diterima oleh para penonton.

4. Serangan peribadi kepada Ustaz Azhar Idrus. Tindakan yang tak wajar diluahkan di media sosial. Ustaz Azhar Idrus adalah seorang ustaz yang menyampaikan ilmu agama. Sekiranya kita tak suka pada peribadi & perwatakan ustaz pun, tak sepatutnya kita cakap camtu. Kami anggap nie satu serangan peribadi kepada ustaz. Namun satu keperibadian yang tinggi pada Ustaz Azhar Idrus yang patut dipuji apabila tidak membalas balik apa yang dikatakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s