(Malam Jumaat) “Kuklir”

Salam sejahtera WPT dan rakan-rakan sekalian. Ni nak share cerita turun temurun.

Kisah ni berlaku agak lama dulu, saya pun belum lahir lagi. Masa mak saya, makcik, dan pakcik masih lagi di bangku sekolah. Nak dipendekkan cerita, zaman dulu kalau nak ke sekolah memang agak sukar, terutamanya untuk kami yg duduk di pendalaman Sarawak ni, dari rumah panjang kami ke sekolah dimana mak, makcik dan pakcik saya bersekolah agak jauh, lebih kurang dalam 4jam perjalanan meredah bukit bukau hutan belantara (orang dulu pergi sekolah susah betul pun rajin turun, sekarang ni?)

Dipendekkan lagi cerita, time tu datuk saya pergi menghantar tiga beradik ni balik ke sekolah (sekolah asrama yer, sekolah rendah pun dah masuk asrama orang dulu-dulu) selepas balik hujung minggu. Selepas selamat sampai di kawasan sekolah, datuk saya cakap lah ‘babai’ and jaga diri baik-baik and so on tu. Selepas itu datuk saya pulang ke rumah panjang tapi time ni dia ikut jalan sungai sebab nak pergi menjala ikan. Lepas beberapa jala tu dan dah banyak ikan dia dapat, dia pun buat keputusan nak balik. Dia balik ikut jalan sungai sebab sungai tu mengalir terus ke kampung kami. Sampai je satu tempat tu, datuk saya singgah sekejap nak tengok sekeliling (time tu malam dah, tak tau jam berapa la tp memang malam pekat). Guna torchlight jer tengok sekeliling, datuk saya rasa tak sedap hati macam kena perhatikan jer. Kat kawasan kami ni femes dengan Kak Pon yang kami panggil Kuklir. Tengah-tengah syok datuk saya tengok alam sekeliling, terus bunyi orang menangis pula keluar, tengah-tengah hutan pula tu. Datuk saya pun mencari dimana arah bunyi menangis tu, datuk saya time tu blm lagi fikir benda lain terus dia cakap, “Rihanna (bukan nama sebenar), nuan nya?” Translate dari Iban pegi BM jadi, “Rihanna, awak ke tu?” Rihanna tu makcik saya, dia ni jenis yg taknak sekolah and suka nangis and sanggup redah hutan sebab nak balik jumpa nenek saya.

Sambung balik cerita, datuk saya pun balik-balik tanya sapa tu, terus dari bunyi menangis menjadi bunyi hilai tawa, ketawa yang entah macam mane. Tengah-tengah hutan, tengah-tengah malam. Lepas tu bunyi cakaran kat pokok buluh, terus dan otomatik datuk saya tau yg tu Kuklir. Datuk saya apa lagi, dia jalan dengan selamba tapi pantas ikut sungai, paras lutut punya dalam (sebab dorang cakap bende ni tak boleh ikut air jadi dia tak boleh dekat dengan datuk saya. And tak boleh lari kalau bende ni kejar, jalan cool and selamba jer). Terus datuk saya sempat lagi toleh tengok bende ni kat mane, memang sah Kuklir. Sebijik macam Kak Pon tu (Pontianak, saya panggil Kak Pon. Just in case banyak yg tertanya tanya apa tu Kak Pon).

Sambung balik cerita, datuk saya pun jalan jer dengan air sungai yg sekejap paras lutut, sekejap paras dada and sekejap terpaksa berenang sikit. Bende tu ketawa jer sepanjang jalan, and ya, bende ni suka kacau lelaki sebab nak ambik ‘bijik’ or ‘telor’ lelaki. Tak tau betul tidak la. Datuk saya toleh lagi ke sebelah kiri belakang beliau, bende tu terbang di sebalik pokok-pokok dengan matanya yang merah menyala tu. Sampai je satu kawasan dimana air sungai agak-agak kering tu, paras buku lali agaknye, datuk saya pun berhenti skjap ambil nafas. Dia taknak toleh belakang sebab dia tau bende tu masih ikut dia, sebab bunyi cakaran, bunyi katawa dan menangis masih lagi clear kena dengar. Datuk saya meneruskan perjalanan beliau dan sampai satu selekoh air tu dia toleh lah belakang sekejap, memang bende tu berdiri di gigi air tengok datuk saya, time ni datuk saya pecut seratus meter sebab dah tak tahan kena kacau and kena ikut. Ada sudah kelihatan sisip sisip lampu pelita rumah panjang kami terus datuk saya beteriak minta tolong orang rumah panjang, “Dani bala kita, kena gagai Kuklir aku tu”, “Bangun, kena kejar Kuklir saya ni”. Sampai je kat kaki tangga rumah panjang, datuk saya sempat lagi tengok alam sekeliling dengan orang rumah panjang yg kecoh gara gara beliau.

Keesokan paginya kecoh satu rumah panjang sebab banyak rambut panjang di tebing sungai berdekatan dengan rumah panjang. Orang dulu cakap kalau bende ni ade, memang sah tempat tu akan ada banyak gumpalan rambut panjang.

Kredit: Wujud Paranormal Team (Facebook)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s