(Malam Jumaat) Gangguan

Disini saya ada sebuah cerita yang ingin saya kongsikan kepada semua…saya berasal dari Kota Kinabalu,Sabah tetapi telah 4 tahun menetap di Kuala Lumpur…

Kisah ini berlaku pada tahun 1993…ketika itu saya masih berumur cuma 6 tahun…pun begitu,kejadian nie masih sangat jelas dalam ingatan & sentiase rase seolah2 baru terjadi semalam…

Time tu,saya & keluarga menetap di Tawau Sabah di salah sebuah rumah yang landscape & senibina rumahnya diasaskan oleh org British…dijadikan cerita,mlm itu setelah makan malam bersama keluarga,mak & ayah ingin keluar untuk membeli barang2 dapur..saya ada 3 org adik beradik…so mlm tu,cuma adik saya seorang yang turut mengikuti mak & ayah utk pergi membeli barang2 dapur manakala saya & kakak yang pada ketika itu berusia 8 tahun tinggal di rumah menemankan bibik…sedang bibik sibuk mengemaskan meja makan,saya & kakak bermain2 di sekitar meja makan..tv sengaja dibiarkan terpasang utk mengisi suasana sunyi rumah…waktu ketika itu adalah sekitar pukul 8 atau 9 mlm…

sedang kami asyik bermain,kami perasan yg bibik sudahpun brlalu masuk ke dapur untuk meneruskn tugasnya membasuh pinggan mangkuk..menyedari hal itu,sy & kakak segera masuk ke dapur utk menemankan bibik di situ pula…untuk pengetahuan,ruang tamu & ruang makan trletak sebelah mnyebelah manakala ruang dapur agak trpisah dari kedua2 nya…saya & kakak asyik menunggu bibik utk selesaikn tugasnya di dapur manakala bibik pula asyik melayan karenah kami brdua sambil tangannya lincah membuat kerja…

tiba2,sedang asyik berborak saya perasan yg suara tv tidak lg kedengaran…saya menyuarakn hal itu pada bibik…’kak,kenapa tv senyap sudah?…mcm tiada sudah suara tv’…bibik cuba mengamati & mukanya tampak pelik…kami bertiga pergi periksa & ternyata tv tidak lagi terpasang pada ketika itu…bibik ckp ‘mungkin tv nie rosak kali’…dan mungkin hanya utk menyedapkan hati kami berdua…sy & kakak cuma senyap,masuk semula ke dapur & bibik menyudahkan kerjanya…

Tak lama selepas itu,kedengaran amat jelas derapan bunyi tapak kaki seolah2 seseorang sedang berjalan di luar rumah…kami terdiam sebentar sambil cuba mengamati lagi bunyi tapak kaki itu…sebagai seorang kanak2 yg berusia 6 tahun ketika itu,saya tidak la terlalu naif untuk mengetahui apa yg dirasakan oleh bibik ketika itu…antara adik beradik,saya adalah yg paling rapat dengan bibik…jadi,melalui riak mukanya,saya tahu bibik kelihatan agak ketakutan ketika itu…

mulanya,kami memang ingat mak,ayah & adik dah balik…dan bunyi tapak kaki itu,mungkin cuma salah seorang dari mereka…so,kami keluar dari dapur utk periksa kalau sangkaan kami tu benar…namun,kereta ayah tidak pula kelihatan di ruang parking…tanpa banyak cakap,bibik berlalu ke bilik untuk mengambil kitab Al Quran sambil mulutnya mula terkumat kamit membaca ayat2 suci Al Quran…dan saat itulah,saya & kakak seakan faham ada yang tidak kena…

namun,kami diamkan & hanya membontoti bibik & tingkah lakunya…sesudah,mencapai Al Quran,kami balik semula ke ruang dapur & cuma duduk berkumpul di satu penjuru pada ruang dapur itu yang trletak hampir dengan pintu dapur…melihatkan tingkah bibik yang jelas mula berasa takut ketika itu,saya & kakak turut berasa takut…bibik pun cakap ‘Ndak apa…kita tunggu di sini sampai mak & ayah balik ya’…sambil mengusap kepala saya & kakak seraya mencium pipi saya…kakak pula menadah tangan & cuba membaca surah Al fatihah…satu2 nya surah yang saya & kakak tahu ketika itu…

Sangkaan kami,kejadian habis disitu…sedang kami asyik menunggu kepulangan mak & ayah,saya cuba ajak bibik berborak…kakak pula kelihatan hampir2 terlelap kerana keletihan menunggu…mak & ayah pula dirasakan lama sangat keluar & balik..suasana mlm bertambah sangat sunyi..waktu pula menunjukkan hampir 15 minit sebelum pukul 10mlm…*bibik jenis yg selalu pakai jam tangan*..sedang asyik menunggu,tiba2 segala sudu yg tersusun rapi pada raknya,jatuh terburai tanpa ada sebab & musabab yang logik…habis lantai dapur dipenuhi sudu2 yg jatuh sebentar tadi…dan pada masa ini lah,bibik pun dah mula menangis ketakutan.

saya apakan lagi…kecuali kakak…beliau hanya mampu memujuk saya & menyuruh saya membaca Al fatihah berkali2…bibik jangan cakap la…mmg x terkawal dah nangisnya…suasana sunyi tadi serta merta menjadi agak kecoh dengan tangisan saya pada ketika itu…bibik pula asyik2 ckp…’tolong lah pergi…jgn kacau kami…kami x kacau…tolong la pergi’…saya pada ketika itu kurang mengerti tujuan beliau berbuat sedemikian…

Tiba2,pengalas kaki yang terletak pada bawah pintu dapur pula terbang sendiri melintasi kami bertiga…kejadian itu memang amat mengejutkan kami…lebih2 lagi terjadi pada kanak2 yang cuma berumur 6 & 8 tahun ketika itu…saat itu kami bertiga hanya mampu menangis sambil bibik memeluk erat kami berdua…mujurlah x lama lepas tu,mak,ayah & adik balik…mak pelik mlihat keadaan sudu & tikar alas kaki yg sdh berada atas meja…

demi melihatkan kelibat mak & ayah saya & kakak segera menerkam ke arah mereka dengan nangis yg x brkesudahan lagi…mak pula cuba menenangkan bibik & memujuknya supaya beralih ke ruang tamu…setelah agak keadaannya,agak tenang,semangatnya agak pulih,bibik pun mnceritakan semula segala apa yang terjadi tadi…

lepas tu,saya & kakak dah tak tawu apa yang mereka bincangkan…ayah cuma mengambil sebotol air biasa yg telah dibacakan ayat2 suci Al Quran & menyuruh kami minum air tersebut…dua minggu selepas itu,kami berpindah ke Kota Kinabalu Sabah…sebenarnya,banyak lagi kejadian yang berlaku di rumah tu sebelum kejadian ini,tapi kejadian ini lah yg menyebkan ayah tekad untuk berpindah…

Kredit : Wujud Paranormal Team (Facebook)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s