(Malam Jumaat) Darah

Dulu sy pelatih kem PLKN Batu Jong, Kuala Krai Kelantan siri 7. Sy nak cerita la kisah seram yg berlaku kat sini.

Cerita ni berlaku time kem kami terputus bekalan air selama 2 minggu. Ade la sorang member sy ni, name dia Amira bdk kelantan. Dia sorg yg happening sgt dalam dorm. Satu petang tu(dekat2 maghrib), dia buat lagak macam pegang baby sambil menyanyi lagu Cindai (ada yg ckp lagu cindai memang berhantu), mase tu dia main main je sebab dah bosan sangat kan, takde aktiviti. Semua orang gelak kan dia tapi sy pesan, “jgn nak suka suka sgt, kang ada plak yg kena karang”. Dia cakap “alah, naik main2 je pun”. Ok lantak dia lah. Dia pun kuar dorm then pegi buat lawak kat pelatih lain di tempat mandi.

Ok pastuh dalam kul 7.30ptg, sy dan dua lg kwn sy nk g bersihkan diri la, nak bersiap utk ke surau. Mse tu xde org kat tempat mandi tu. Alangkah terkejut nye sy dan kwn sy yg dua org tu bile tengok bilik mandi penuh dengan darah sampai ke dinding!! Kami pun cepat2 bersihkan bilik mandi dan hilangkan kesan darah tu guna air mineral yg kami guna utk berwuduk sahaja. Tuhan je yang tahu betapa hanyir baunye. Tp terfikir jgk dari mana darah tu datang? Kami hanya berdiam diri, tak bagitahu pd sesiapa tentang darah tu. Kami pun ke surau utk solat maghrib dan isya’. Lepas solat tu, kami perasan si amira ni syp je dan mata dia x berkelip. Sy tanya la knp syp je, dia kata dia sakit bahu. Sy dapat rasa mcm ade yg xkena. Sy ckp bace la ayat kursi, dia senyum dan menggangguk. Lps bersurai, sy dan kwn2 lain balik dorm sbb takde aktiviti. Bila dah takde aktiviti, mmg lepak lah kerja kami, lepak pun dlm dorm jerk. Tetibe sy perasan si amira ni takde bersama kami. Sy jenguk kat katil dia, ohh rupenye die tido. Tapi pelik jgk kenape die tak join lepak ngn kami, takpenah bersendirian plak. Sy bgtahu kwn2 lain yg sy rase mcm tak sedap hati. Kami pun pergi kat katil dia, bila kami tanya, dia jawab dengan marah. Suara dia berubah jadi kasar. Sy suruh mengucap, dia taknak. Mata die dah tajam merenung dinding belah kiri.

Kwn sy pun call jurulatih yg jaga kami, then jurulatih bawak ustaz dtg dorm. Mase ustaz tu berubat, “benda” tu ckp nak darah yg dalam bilik air td. Sy pun cerita kat ustaz ape yg berlaku ptg td, ustaz mengucap panjang. Rupa2 nya benda tu ckp darah tu sbnrnye darah period pelatih perempuan yg tak basuh pad. Camne nak basuh, air takde. Mandi pun 3 hari sekali je. Darurat time tu. Ustaz pun bunuh benda tu dengan ayat suci al quran. Lepas dah ok, amira mintak maaf pada kami sebab kerana dia, semua org jd susah.

Pengajaran nye, jangan main main sgt kat tempat2 gitu dan darah kotor yg terlekat kat pad haruslah dibersihkan walau ape care sekali pun sebab benda benda halus ni suka darah!

Kredit : Wujud Paranormal Team (Facebook)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s