(Gosip) Erra Fazira Sah Bercerai Talak 1?

MiG Online yang tengah makan-makan kat luar tadi tersembur bila baca pasal kontroversi yang melanda Erra Fazira. Erra sememangnya sangat professional dan tak berapa suka mencampur-adukkan kisah peribadi namun akhirnya mengesahkan mengenai statusnya dengan suami, Engku Emran.

Erra Fazira yang berkahwin dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 telahpun bercerai dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, dengan talak satu.

Dalam perkembangan yang sama, selepas persetujuan kedua-dua belah pihak, Engku Emran telah diberikan hak penjagaan sepenuhnya terhadap anak mereka, Engku Aleesya dan Erra diberikan hak lawatan dan bermalam selain cuti sekolah dan hari perayaan. Keputusan dibuat tanpa sebarang pertikaian dari kedua belah pihak. Erra Fazira juga bersetuju untuk tidak meminta sebarang nafkah dari bekas suaminya.

Erra Fazira yang hadir ke mahkamah bersama kawan baiknya Datin Paduka Ummi Aida & Erma Fatima dilihat memakai topeng mulut & bercermin mata dan memberikan respon ringkas mengenai keputusan mahkamah hari nie:

“Penceraian ini berlaku secara baik dan Alhamdulillah semuanya selesai”

MiG Online nak ucapkan takziah kepada kedua-dua belah pihak dan anggap nie semua satu dugaan untuk kehidupan yang lebih baik insyaallah.

Kredit : Beautifulnara

One thought on “(Gosip) Erra Fazira Sah Bercerai Talak 1?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s