(Gosip) Jangan Hakimi Erra – Awie

Ramai orang sayang primadona tanahair nie. Sehubungan dengan kes penceraiannya tempoh hari, beberapa rakan baik Erra Fazira turut memberikan beberapa kata-kata nasihat kepada para peminat dan mereka-mereka yang ingin mengetahui berita lanjut mengenai Erra Fazira seperti penerbit, pengarah & pelakon terkenal, Erma Fatima.

“Sepatutnya tak timbul sebarang cerita negatif dan biarlah Erra meneruskan kehidupannya sekarang. Walaupun Erra seorang artis, namun dia tetap ada perasaan sebagai seorang manusia yang harus dijaga,”

Erma Fatima & Datin Paduka Umie Aida ialah antara rakan rapat Erra yang sentiasa menemani Erra sepanjang waktu sukarnya berdepan dengan masalah rumah tangga dan Erma berpendapat tindakan Erra yang berdiam diri mengenai hal rumahtangganya adalah satu tindakan yang sangat wajar supaya tak buka aib mana-mana pihak.

Diva Malaysia yang jugak rakan kepada Erra, Ziana Zain pulak kata, dia percaya Erra dan Engku Emran dahpun berusaha untuk selamatkan rumahtangga mereka namun takdir dah tentukan jodoh mereka tak bertahan lama.

Kata Ziana lagi, kita bukan Tuhan untuk menjatuhkan hukuman terhadap masalah yang menimpa orang lain dan berharap agar rakannya itu tidak putus semangat terhadap situasi yang menimpanya sekarang.

Memang mudah untuk kita bercakap apa sahaja kerana tidak merasai sendiri apa yang Erra lalui. Jadi, tidak perlulah kita memberikan sebarang persepsi negatif kepada dirinya. Segala masalah rumah tangga yang dihadapi itu, biarlah mereka sendiri yang mengetahuinya dan kita tidak perlu ambil tahu atau mereka-reka sebarang cerita yang boleh mengeruhkan keadaan,”

Legenda Rock Malaysia, Awie pulak meminta para  supaya tak bangkitkan isu cerai nie dan terus memberikan sokongan terhadap kerjaya rakannya itu.

“Segala hal yang berkaitan dengan rumah tangga merupakan satu perkara yang sangat peribadi. Erra memang ada hak untuk tidak mendedahkannya kepada umum, terutamanya mengenai punca penceraian. Saya pernah melalui situasi yang sama sebelum ini dan ia amat pahit untuk ditelan. Semoga Erra terus tabah kerana masih ramai rakan dan peminat akan terus memberikan sokongan,”

Harapnya kata-kata semangat dan nasihat dari rakan-rakan Erra nie dapat diterima para peminat & Erra sendiri untuk menghadapi isu yang sepastinya amat berat kepada Erra nie.

Kredit: Kosmo | zianazain.com

5 thoughts on “(Gosip) Jangan Hakimi Erra – Awie

  1. Allah telh ttp kn seglanya untuk kita… Jika itu kehndaknya.. Mka akn terjadi la ia… X perlu nk mnyalah kn.. Mnghntam.. Mngkji.. Mnghina.. Mngata.. Bnyk kn muhasabah diri.. Kita sndiri pon blom tntu smpurna.. Ape yg trjadi pda ERRA… Telh d tntukn… Mungkin ade hikmah d seblik sume yg terjadi.. Lbih baek kita mndoakn ERRA dn Keluarga.. Dr kita nk mnmbh dosa mngata yg bukn2…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s