(Gosip) Sharnaaz Ahmad Serang NisDawati?

Kesian ada, krikk krikk pun ada bila dengar kisah pasal Sharnaaz Ahmad nie. Lepas sorang, sorang yang mengadu pasal perangai pelakon yang berbakat besar nie. Terbaru, pelakon terkenal Nisdawati membuat laporan polis selepas diugut & diserang oleh Sharnaaz namun ikut kata Nisdawati, dia tak tau menahu kenapa Sharnaaz nak serang & memaki hamun Nisdawati.

“Sekarang lu cerita apa pun wa mau beli. Big Boss sudah roger gua. Wa tak boleh kasi malu wa punya bos. Harap lu paham. Ini kali kita kasi habis.”

Perghh, macam filem Kongsi ayatnya, tapi tu la antara bait-bait SMS yang ditujukan kepada Nisdawati dari Sharnaaz Ahmad. SMS tu, yang dihantar kepada suami Nisdawati, Fauzi Nawawi, dan Fauzi berkata dia menerima SMS ugutan tersebut dan  meminta penjelasan dari Sharnaaz kenapa dia menengking dan cuba menyerang isterinya di lokasi.

“Saya hanya minta penjelasan dan dia mungkin tidak berpuas hati sebelum menghantar SMS seperti itu. Bagi saya, perbuatannya itu melampau, apatah dalam keadaan isteri saya mengandung lebih 5 bulan.”

“Industri hiburan tanah air bukan besar, tapi peranghai gengster yang ditunjukkan Sharnaaz ini melampau dan bileh memburukkan semua pelakon ataupun penghibur.”

MiG Online jugak dapat tau yang Sharnaaz turut menyumpah anak dalam kandungan Nisdawati selain mengajak Nisdawati untuk berjumpa. Ish.. Macam dah teruk sangat tu.

“Dia mungkin hendak bergaduh, tapi itu bukan cara saya. Jika ikutkan hati, sememangnya saya marah, tetapi negara ini mempunyai undang-undang dan saya akan gunakan saluran yang betul.”

“Namun apa yang pasti, saya akan mengambil tindakan sepatutnya mengikut undang-undang sekiranya kandungan dan kesihatan isteri terjejas,”

Nisdawati pulak berkata, Sharnaaz secara tiba-tiba memarahinya sewaktu dalam penggambaran kat Kuang pada 19 Februari lalu pukul 11 malam. Nisdawati bagaimanapun mengambil tindakan berdiam diri untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan namun keadaan jadi lagi teruk 2 hari kemudian iaitu pada 21 Februari bila Sharnaaz sekali lagu nak serang Nisdawati masa di lokasi penggambaran kat Sungai Buloh.

Hmm… Misteri jugak kalau tiba-tiba Sharnaaz nak serang, kan? Apapun kita tunggu la apa kisahnya yea.

Kredit: Harian Metro

Kredit Gambar: Rotikaya

One thought on “(Gosip) Sharnaaz Ahmad Serang NisDawati?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s