(Gosip) Hanez Suraya Mahu Liyana Manan Minta Maaf.

“Kenyataan dia (Liyana) di media agak melampau kerana saya dan Mr.R baru saja berkenalan 3 bulan lalu,”

Itu antara bait-bait kata yang diucapkan oleh Hanez Suraya di sidang media mengenai kontroversi berkaitan dirinya dan Mr R atau nama sebenar  Romie Razin Adilha yang turut hadir ke sidang media ini bersama peguam masing-masing di One World Hotel, petang tadi.

Hanez Suraya jugak meminta isteri Mr R, Liyana Manan memohon maaf secara terbuka kepadanya kerana menfitnah dirinya sebagai punca keretakan rumah tangga mereka.

“Kenyataan dia (Liyana) di media agak melampau kerana saya dan Mr.R baru saja berkenalan 3 bulan lalu. Sedangkan dia memfailkan cerai di mahkamah pada 8 Oktober tahun lalu. Dia yang memulakan isu ini dan dia dah libatkan satu Malaysia. Semua orang dah kenal saya dan terpaksa menanggung malu. Keluarga saya juga turut menanggung malu. Jadi saya mahu dia meminta maaf secara terbuka.

Segala dakwaannya mengatakan sayalah menjadi punca keretakan rumah tangga dia dan suaminya langsung tidak benar kerana saya mengenali lelaki berkenaan pada 20 Disember lalu (tiga bulan lalu) sedangkan dia menuduh saya menjalinkan hubungan lapan bulan lepas.

Kita lihat dulu sejauh mana respons dia mengenai permintaan saya ini dan jika dia tidak membuat seperti yang saya minta, nantilah tindakan saya seterusnya,”

Menurut suami Liyana Manan pulak, hal rumah tangga dia dan isteri berlaku sebelum dia dan Hanez Suraya bertemu lagi, dan menegaskan Hanez Suraya bukan punca keretakan rumah tangga mereka.

“Saya mohon maaf atas isu yang telah ditimbulkan oleh isteri saya. Saya tegaskan dakwaan isteri saya adalah fitnah. Saya tidak mahu aibkan dia.

Memang saya belum bercerai tapi rumah tangga kami telah ada masalah sejak lapan bulan lalu. Sedangkan saya mula mengenali Hanez pada 20 Disember 2013 di satu majlis di UiTM Shah Alam.

Malah isteri saya telah menfailkan cerai pada 8 Oktober tahun lalu dan ia merupakan fail cerai kali kedua. Dan dakwaan isteri saya di mahkamah sebelum ini tidak ada kena mengena dengan punca orang ketiga,”

Mr R jugak menegaskan yang percutiaannya dan Hanez ke Thailand bukan la berdua tapi berenam termasuk adik Hanez Suraya sendiri.

Awak Nak Kahwin Dengan Saya?

MiG Online masih rasa elok ketiga-tiga mereka bawak berbincang sendiri dan tak perlu nak libatkan satu Malaysia dalam kes nie. Masing-masing dah ada peguam, lebih baik bawak ke saluran yang betul. Semakin lama kes nie, semakin banyak la tohmahan dan fitnah yang akan keluar nanti, ye tak?

5 thoughts on “(Gosip) Hanez Suraya Mahu Liyana Manan Minta Maaf.

  1. ssh lah , kalo kedue2 pihak mncri salah antre stu sme laen .. duduk stu meja , bncng ,, tak pyh heboh stu dunie … mlu diri sndiri … dunie2.

  2. 3 bulan ek? Tp kt ig hanez ni naik ferari si mr R ni dh 19week ago…19 week ago tu mean dh hmpir 6 bulan dh tu..mesti duk bcnta sbelum tu lg kn? Wartawan mesti bijak cari kbenaran..hihihi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s