(Oh My Destinasi) Keindahan Pulau Cinque Terre

Pasti ramai yang tahu akan kecantikan pulau di Cinque Terre, Italy yang terletak di kawasan semulajadi di Riviera Italy ini. Ia juga lebih dikenali dengan panggilan ‘Five Lands’ yang mempunyai lima buah kawasan perkampungan iaitu Monterosso al Mare, Vernazza, Corniglia, Manarola dan Riomaggiore yang menggunakan kereta api sebagai pengangkutan awam dari destinasi ke destinasi yang lain.

LEVANTO KE ‘Five Lands’ :

Levanto adalah sebuah pekan di sebelah barat Cinque Terre. Kereta api adalah pengangkutan yang mudah didapati disana selain menaiki bot atau kereta. Di bawah ini adalah jarak dan masa perjalanan anda ke destinasi.

• Jarak dari Levanto ke Monterosso Al Mare adalah 11.7km dan mengambil masa 21 minit jika menggunakan kereta. 4 minit jika menggunakan kereta api.

• Jarak dari Levanto ke Vernazza adalah 19.3km dan mengambil masa 38 minit jika menggunakan kereta. 8 minit jika menggunakan kereta api.

• Jarak dari Levanto ke Corniglia adalah 23km dan mengambil masa 43 minit jika menggunakan kereta. 17 minit jika menggunakan kereta api.

• Jarak dari Levanto ke Manarola adalah 24.7km dan mengambil masa 43 minit jika menggunakan kereta.

• Jarak dari Levanto ke Riomaggiore adalah 31.3km dan mengambil masa 55 minit jika menggunakan kereta. 13 minit jika menggunakan kereta api.

LA SPEZIA KE ‘Five Lands’ : 

La Spezia adalah sebuah pekan di sebelah timur Cinque Terre. Dibawah ini adalah jarak dan masa perjalanan anda ke destinasi.

• Jarak dari La Spezia ke Riomaggiore adalah 17.2km dan mengambil masa selama 28 minit jika menggunakan kereta.

• Jarak dari La Spezia ke Manarola adalah 17.5km dan mengambil masa selama 25 minit jika menggunakan kereta.

• Jarak dari La Spezia ke Corniglia adalah 28.7km dan mengambil masa 44 minit jika menggunakan kereta.

• Jarak dari La Spezia ke Vernazza adalah 28.3km dan mengambil masa 45 minit jika menggunakan kereta.

• Jarak dari La Spezia ke Monterosso Al Mare adalah 34km dan mengambil masa 50 minit jika menggunakan kereta.

Tarikan Utama

Corniglia, Italy

• Persekitaran yang ikut musim ini membuatkan anda rasa lebih bertenaga untuk mendaki.

• Jika anda mendaki pada musim panas, digalakkan untuk keluar lebih awal supaya anda tidak terlalu penat dan mengeluarkan haba yang banyak.

Berenang di Cinque Terre, Italy.

• Bila anda berada ditempat ini, anda boleh berenang di laut yang berhampiran dengan kampung. Hampir setiap tahun Cinque Terre dijadikan antara senarai pantai Itali yang harus dinikmati pada musim cuti.

• Terdapat dua pantai besar berpasir di Monterosso, pantai berpasir kecil dipelabuhan Vernazza dan pantai kerikil berhampiran Riomaggiore dan Corniglia.

• Anda boleh berenang berbatu – batu di pelabuhan kecil di Manarola ( terdapat lubang renang yang sangat cantik dan lebih dalam ) dan Riomaggiore.

• Kebiasaannya, peralatan renang tidak disediakan. Tetapi sebagai tempat pelancongan, ia dijual di persekitaran pantai.

• Musim panas adalah musim puncak di Cinque Terre.

• Angin dari pergunungan Alpine memberikan angin sejuk dan memberi kelembapan di udara.

• Matahari di Cinque Terre akan boleh dilihat selama 13 jam sehari

• Hujan hanya akan turun sekitar tiga hingga empat hari dalam masa sebulan.

• Disebabkan lokasinya berdekatan pantai, suhu laut adalah sekitar 24`C dan sesuai untuk berenang.

• Suhu pada bulan November dan Mac lebih cenderung ke angin dingin.

• Dijangka suhu pada siang hari pada musim dingin turun sampai ke 24`C dan pada sebelah malam, suhu boleh turun sehingga 15`C.

• Suhu menurun secara berperingkat pada bulan Disember.

• Ia juga boleh mencecah suhu yang sangat rendah pada waktu siang dalam sekitar 12`C dan suhu pada waktu malam pula 5`C.

• Tidak digalakkan kepada mereka yang tidak tahan akan cuaca sejuk untuk datang melawat pada bulan berkenaan.

• Villa Margherita ini menyediakan bilik kembar dan ‘single’

• Bilik mandi, televisyen, telefon, radio, pemain cd, pendingin hawa dan tempat letak kereta peribadi.

• Pemandangan dari dalam bilik juga menghadap terus ke laut Mediterranean.

• Villa la Pietra ini mempunyai tujuh bilik tidur dan boleh menampung seramai empat belas orang.

• Empat bilik tidur kembar dan tiga yang lain adalah bilik ‘single’. Setiap bilik dihiasi dengan cara yang unik dan selesa.

• Terdapat lima bilik mandi dan dilengkapi dengan kemudahan moden sepenuhnya.

• Pastikan anda jadikan villa ini sebagai tempat penginapan jika anda mempunyai keluarga yang besar untuk bercuti. Nikmatilah suasana 2 dalam 1( moden + klasik ) di sini.

• Musim panas adalah musim musim yang sesuai untuk melawat Cinque Terre.

• Waktu melawat yang sesuai ialah pada bulan April, Mei, September atau Oktober.

• Suhu laut adalah sekitar 24`C.

• Tidak digalakkan untuk melawat pulau ini pada musim dingin kerana suhu pada waktu siang turun sehingga 24`C dan suhu pada waktu malam boleh turun sehingga 15`C.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s