(Peraduan!!) Jom Tonton Filem Lu, Gua, Bro!

Filem komedi Lu Gua Bro! bakal ditayangkan pada 27 Mac nie dan menampilkan pelawak fresh masa kini macam rahim Sepahtu, Zalif Sidek, Epy Kodiang dan ramai lagi. MiG Online dengan sukacitanya nak ajak korang pegi tonton filem nie bersama para pelakon filem Lu, Gua, Bro! minggu depan. Macam mana caranya? senang je. Yokk!! tengok macam mana:

Lu, Gua Bro! mengisahkan tentang perjalanan, suka duka liku hidup kehidupan dua sahabat baik, Yu (Zalif Sidek) dan Mi (Epy Kodiang) yang berasal dari kampung yang sama dan lahir pada hari yang sama. Dari zaman kanak-kanak ke zaman sekolah, zaman remaja ke zaman dewasa, mereka tetap bersama walau apapun berlaku. Impian mereka adalah untuk menjadi seorang polis, tambahan pula kedua bapa mereka juga menginginkan mereka menjadi seorang polis. Kisah bermula apabila Yu dan Mi bertemu di sebuah kilang tempat di mana Mi bekerja sebagai sekuriti setelah setahun tidak bersua kerana Mi bekerja di Bandar meninggalkan kampung halaman. Yu yang lari dari pengedar dadah menjumpai Mi di dalam stor kilang tersebut. Kilang di mana tempat Mi bekerja rupa-rupanya menjalankan aktiviti sendikit pengedaran dadah. Yu dan Mi cuba untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis namun dilarang oleh pengedar dadah tersebut. Pergelutan berlaku membuatkan Yu dan Mi naik ke tingkat atas bangunan kilang untuk menyelamatkan diri. Sedang berlari, Yu tergelincir di kaki tiang bangunan dan sempat disambut oleh Mi yang hampir terjatuh namun Yu hanya tergantung di situ. Yu yang hampir berputus asa telah diredakan oleh Mi dengan kata-kata semangat sehinggalah menceritakan kisah silam mereka bagaimana mereka berdua bersemangat dalam segara urusan dan cekal menghadapai segala cabaran bersama.

So apa jadi pada mereka berdua? Mampukah Yu diselamatkan? Nantikan filem nie 27 Mac nie ok? Dan jom join peraduan Lu, Gua, Bro! dengan menjawab soalan mudah kat bawah nie:

1. Jawab soalan-soalan berikut

a) Bilakah filem Lu, Gua, Bro! bakal ditayangkan?

b) Apakah tagline filem Lu, Gua Bro?

c) Siapakah penerbit Jangan Pandang Belakang Boleh??

2. Camne nak hantar? korang boleh hantar jawapan korang ke email nie dengan tajuk “Lu, Gua, Bro!”

Sertakan butiran-butiran seperti berikut:

a) Nama Penuh Mengikut I/C

b) No Telefon

c) Email

d) Alamat Penuh Surat-Menyurat

3. Hantar jawapan korang ke:

migonline@metrowealth.com.my

(Anda akan dihubungi melalui email sekiranya terpilih. Sekiranya terdapat penukaran nama, sila maklumkan melalui pengesahan kedatangan anda melalui email. Terima Kasih)

Sila hantar sebelum 20 Mac 2014

One thought on “(Peraduan!!) Jom Tonton Filem Lu, Gua, Bro!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s