(Gosip) Kenapa Saya Perlu Malu Mengandung? – Rozita Che Wan

Kadang-kadang MiG Online tak faham dengan sesetengah masyarakat nie. Boleh kata selalu sebenarnya. Mana taknya, kalau ada yang tak hamil lepas kahwin, mesti akan tanya bila nak ada zuriat, kalau yang tak dapat-dapat lepas bertahun tu mula la ada yang kutuk-kutuk, kan? Tapi bila cepat hamil pun susah jugak, tetap kena umpat.

Terbaru Rozita Che Wan, isteri kepada Zain Saidin mendapat berita gembira bila dia disahkan hamil. Namun berita nie mengundang reaksi negatif segelintir ‘keyboard warrior’. Kata Che Ta:

“Kenapa saya perlu malu untuk mengandung di usia kini? Bukannya terlalu tua. Bukan juga saya mengandung secara yang salah. Saya tidak ambil kisah bagi mereka yang mahu bersikap negatif, itu melambangkan keperibadian mereka yang tidak boleh tengok kegembiraan orang lain”

Zain Saidin nampaknya memang teruja untuk mendapat cahaya mata seakan gementar untuk melakukan ujian kehamilan, takut kecewa katanya. Namun akhirnya tetap membeli alat ujian kehamilan untuk mengetahui hasilnya.

“Memang Zain ikuti waktu subur saya, jadi dia tahu keadaan saya. Bila sudah lambat datang bulan, saya beritahu dia untuk membuat ujian sendiri. Namun dia terlalu berdebar sampai menolak untuk melakukan ujian tersebut. Dia mungkin tak mahu kecewa”

“Bagaimanapun akhirnya dia sendiri yang membelinya. Sampai kini, pengesan kehamilan itu disimpan Zain dengan rapi yang menggambarkan bagaimana seronoknya dia bila mengetahui saya mengandung,”

Menariknya, pasangan romantis nie dahpun memilih nama untuk anak mereka iaitu Muhammad Ali atau Aishah. Apapun, MiG Online tumpang gembira dengan berita nie dan harap bayi yang lahir nanti sihat dan comel macam mama & papa dia🙂

Kredit: Utusan

5 thoughts on “(Gosip) Kenapa Saya Perlu Malu Mengandung? – Rozita Che Wan

  1. tahniah… tp tutup lah aurat.. nama anak dah bagus dah pilih mcm tu.. dunia nak kiamat che tah… bawak2 berubah… panas kat dunia panas lg padang masyar ape ntah lg nerake.. hidup nie kene selalu beringat n mengigatkan…

  2. org lain pun nak bahagia…tak payahlah nak sibuk hal org lain…masing2 jaga tepi kain sendiri….klu dah cemburu melulu ,, ah buat cara sendiri… apa2 pun tahniah pada ziain and rozita…bahagia selalu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s