(Gosip) Chacha Ada Ciri Gadis Idaman, Tak Mungkin Bercinta – Iqwal Hafiz

Maaf tapi MiG Online kurang pasti siapa jejaka comel nie tapi beliau merupakan Artis Baru Terbaik Antarabangsa 2008. Apa yang menarik perhatian Mig Online untuk tulis artikel pasal Iqwal Hafiz nie ialah pasal hubungannya dengan adik ipar Zizan Razak.. Eh? Hehe.. Iaitu Chacha Maembong.

Sewaktu di sidang media Worldstar Road to Hollywood! baru-baru ini, Iqwal mengesahkan yang hubungan dia dengan adik kepada pelakon Emma Maembong itu memang rapat. Namun hanya rapat sebagai kawan baik dan mustahil untuk mereka menjadi pasangan kekasih.

Mula kenal Chacha sekitar 8 bulan lepas, Iqwal tak menolak yang Chacha memang ada memiliki ciri-ciri gadis idamannya malah mereka sudah mengenali keluarga masing-masing.

“Mungkin sebab kami berada dalam satu industri, itu yang buat kami serasi dan rapat. Cha Cha banyak bertanya dan meminta tips nyanyian daripada saya. Kami saling bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dalam bidang masing-masing. Cha Cha minat juga muzik dan kadang-kadang kalau ada masa, saya ajarkan dia bermain keyboard. Dia pun selalu bertanyakan pada saya tips menyanyi”

Ada ciri-ciri gadis idaman, tapi selesa berkawan baik. Tak berapa kukuh rasanya jawapan tu. Hehe…

Kredit:Malaysian Digest

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s