(Tahniah!!) Shila Amzah Masuk Pertandingan Akhir I Am Singer

Tahniah MiG Online ucapkan kepada Shila Amzah yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir rancangan realiti negara China, I Am Singer! Ni semestinya merupakan satu berita membanggakan rakyat Malaysia, kan?

Bukan senang bagi insan bernama Shila Amzah nak bertahan dalam program realiti nie, nak-nak dengan pelbagai dugaan yang dihadapi Shila. Tidak hanya diuji dengan isu MH370 yang mana Shila dikatakan menjadi mangsa buli Netizen di China, penyanyi bersuara emas itu juga dipandang serong selepas menggayakan pakaian tidak bersesuaian dengan imej bertudung sewaktu membuat persembahan.

Tapi tu semua tak mematahkan semangat anak gadis nie untuk terus berjaya. Lebih fokus untuk final, kata Shila:

“Saya telah melakukan persiapan yang secukupnya untuk persembahan saya pada malam final nanti. Kami di sini diberi arahan untuk bersedia dengan 2 buah lagu di mana pusingan pertama saya akan berduet bersama salah seorang penyanyi luar, dan jika rezeki berpihak kepada saya dan berjaya mendapat tempat 5 tertinggi, saya akan mara ke pusingan kedua di mana saya akan menyanyi solo dan dari situ, hanya undian daripada peminat yang akan menentukan sama ada saya berjaya merangkul sebagai juara atau tidak. Saya berharap rakyat Malaysia dapat mendoakan kejayaan saya untuk malam final nanti, dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang tidak henti menyokong saya sejak saya bergelar sebagai seorang penyanyi,”

Yok!! kita sama-sama mendoakan kejayaan Shila Amzah.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s