(Gosip) Hanya Pakai Boxer, Mengaku Bercinta – Saksi Shah Jaszle

Dah lama tak dengar kisah pelakon filem Azura, Shah Jaszle nie atau lebih tepat lagi kontroversinya. Ramai sedia maklum yang pelakon nie pernah ditangkap khalwat sebelum nie dan kes ni masih dibicarakan di mahkamah. Dalam prosiding terbaru nie, saksi yang jugak Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata yang Shahz Jaszle & pasangan khalwatnya, Farah Nurizzati masing masing mengaku yang mereka merupakan sepasang kekasih ketika diserbu Mei tahun lalu.

“Dua-dua (lelaki dan perempuan) dalam bilik itu cakap benda yang sama kepada saya,” kata saksi kepada mahkamah semalam.

Pada serbuan yang dilakukan sekitar jam 3.50 pagi itu, saksi turut menambah yang Shahz Jaszle dan pasangannya berada dalam bilik kedua selepas pintu utama rumah tersebut dibuka oleh seorang lelaki yang kemudiannya menunjukkan lokai pasangan itu.

“Selepas saya ketuk pintu bilik dan memperkenalkan diri, pintu bilik kedua itu dibuka seorang wanita yang memakai seluar pendek berwarna ungu dan berbaju-T warna putih” “Saya dapati terdapat susuk tubuh yang sedang baring berselimut atas katil lalu saya arahkan orang itu bangun dari tidur dan turun dari katil. Saya dapati orang itu adalah seorang lelaki yang hanya memakai seluar pendek (boxer) berwarna kelabu”

Shah Jaszle atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin, 26, yang ketika itu masih tunangan orang didakwa berkhalwat dengan bekas pekerja bank, Farah Nurizzati, 22, di dalam bilik sebuah rumah beralamat KC-01-16 Blok C, Kayangan Apartmen, Jalan PJS 1-/24, Taman Sri Subang, dekat sini, jam 3.50 pagi pada 16 Mei 2013. Bagi pertuduhan itu mereka masing-masing didakwa mengikut Seksyen 29 (1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) Tahun 1995 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya. Farah Nurizzati mengaku salah dan didenda RM3,000. Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah ditangguhkan hingga 10 Jun nanti. Nantikan la kisah selanjutnya nanti yea.

Kredit : Rotikaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s