Kuat Makan Masa Hamil, Scha Al Yahya Naik Berat Badan.

Masuk 6 bulan tempoh kehamilan pelakon dan pengacara sempoi, Scha Al-Yahya. Mesti ramai antara korang yang nak tau perkembangan terkini isteri pelakon dan pengacara hensem Awal Ashaari nie. Bakal menyambut anak sulung beberapa bulan je lagi, of koz ada keterujaan untuk menanti dan menyambut kelahiran anak sulung mereka, kan?

“Saya masih belum lagi membeli keperluan bayi tapi hanya berkesempatan membeli sebuahstroller itu pun berwarna hitam,”

“Tetapi Awal kalau boleh semua dia nak beli, biasalah keterujaannya untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya.

“Saya tak akan ajar anak-anak bermewah biarlah bersederhana sahaja seperti apa yang saya lalui biarlah mereka berusaha untuk mendapat sesuatu yang dihajati. Tetapi lain pula Awal apabila dia membeli bantal kanak-kanak yang berjenama ‘Dior’ dan saya tidak setuju dengan cara itu, bagi saya biarlah berpada-pada,”

Scha turut berkongsi pengalamannya pasal alahan yang dialami:

“Apa yang boleh saya katakan di sini, alhamdulillah apabila usia saya sudah mencapai 6 bulan ini saya telah hilang daripada alahan-alahan yang saya alami ketika di awal proses kehamilan ini”

“Alahannya adalah seperti saya tidak boleh diganggu atau dengar benda-benda yang bising dan disebabkan itulah di awal kehamilan, banyak saya menolak untuk menghadiri majlis hiburan dan seumpamanya. Saya ada juga memberitahu kawan saya mengenai apa yang saya alami ini dan mereka memberitahu bahawa ini semua berpunca dari kehamilan ini,”

Mengaku berat badan naik sepanjang tempoh kehamilan nie, tambah Scha:

“Berat badan saya telah naik sebanyak 5kg sepanjang proses kehamilan ini dan saya sememangnya kuat makan nasi dan sebelum ini pun saya memang suka makan nasi. Kadang-kadang itu selepas makan nasi saya makan pula 3 keping roti”

“Sebelum ini saya pernah fikir berpantang secara koboi sahaja. Tetapi apabila dinasihatkan oleh ibu dan rakan-rakan yang lain saya akan kembali kepada asas iaitu berpantang seperti orang-orang dahulu berpantang untuk mengekalkan kesihatan dan juga untuk menambahkan susu badan”

“Lagipun, Awal ini suka tengok benda-benda yang cantik, elok dan disebabkan itu saya perlu menjaga penampilan diri sebelum dan selepas bersalin,”

“Perkara yang paling ‘sweet’ ialah apabila dia masak untuk saya. Kadang-kadang kita tahu dia sibuk tapi masih lagi ada masa untuk melayan saya,”

2 thoughts on “Kuat Makan Masa Hamil, Scha Al Yahya Naik Berat Badan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s