(Gosip) Marsha Bercinta Dengan Suami Orang?

Memang sekarang nie musim masyarakat bercerita mengenai kisah percintaan bersama suami orang kut. Terbaru bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-3, Marsha turut diajukan soalan yang sama memandangkan Marsha jugak sekarang dah ada teman lelaki.

Ada jugak mulut-mulut comel yang mengatakan kekasih Marsha nie adalah suami orang. Betul ke & tak rasa risau atau takut ke? Jom dengar apa kata Marsha:

“Dia (teman lelaki) bukan duda atau suami orang. Dia solo (ketawa). Memang saya takut. Apa yang Hanez Suraya sedang lalui sekarang membuatkan saya agak takut sehingga saya membuat kaji selidik mengenai latar belakang kekasih. Memang sah dia bukan suami orang (ketawa)”

“Kalau boleh, saya tidak mahu terlibat dengan suami orang. Sebab kalau saya dalam situasi wanita itu, saya juga tidak suka bermadu. Saya tidak mahu kacau mana-mana pasangan,”

Sebenarnya dari cara Marsha dekat skrin TV kita dah boleh tengok Marsha nie manja orangnya. Mengaku kekasihnya bukan la golongan VIP seperti yang digembar-gemburkan sebelum nie.

“Setiap orang memerlukan seseorang untuk menyayangi diri kita. Lebih-lebih lagi, saya ini seorang yang manja. Saya perlukan seorang lelaki yang boleh saya curahkan rasa manja saya. Dia buat kita rasa sentiasa positif dan membuatkan diri kita ada arah tuju serta ingin menjadi lagi bagus,”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s