(Gosip) Selesai Cara Baik, Mr R Bakal Cerai Isteri.

Update terbaru berkenaan kontroversi yang melanda Hanez Suraya & kekasihnya, Mr R atau nama sebenar, Romie Razin Adilha Abd. Jais.

Menurut sumber, Mr R akan bercerai secara baik dengan isterinya, Nurliyana Manan jika proses kes tuntutan cerai secara fasakh pasangan itu ditukarkan dengan permohonan baharu. Peguam syarie yang mewakili Nurliyana, Kamar Ainiah Kamaruzaman berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan peguam syarie Romie, Rubiah Jaafar sebelum kes tersebut didengar petang Isnin (semalam).

Menurut peguam syarie berkenaan, Mr R akan memasukkan permohonan kes baharu di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 iaitu bercerai dengan isterinya itu secara baik.

Hakim Syarie, Zainal Abidin Kusmin menetapkan 16 Jun depan bagi mahkamah mengetahui keputusan perbincangan tersebut sama ada Mr R akan menfailkan permohonan cerai secara baik ataupun masih lagi dengan proses lama.

Nurliyana yang hadir kelihatan tenang sepanjang prosiding semalam manakala Romie, 34, tidak hadir disebabkan masalah kesihatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s