(Gosip) Fiza Elite & Adam AF2 Sah Bercerai?

Sebolehnya MiG Online taknak tulis kisah nie sampai la pihak yang terlibat bukak mulut. Maklum la rumah tangga orang nie kita kena faham, salah cakap takut mengundang persepsi yang boleh bagi kesan pada mereka, kan?

Sama jugak kes dengan pasangan selebriti, Fiza Elite & Adam AF2 yang khabarnya sedang bergolak.

Sebelum nie ada dikatakan yang Fiza dahpun ke mahkamah syariah untuk menfailkan penceraiannya.

Perkara nie macam diiyakan oleh Fiza Elite dengan caption di Instagramnya:

Salam semua. Maaf andai saya ada berbuat silap atau terkasar bahasa. Saya benar-benar berharap agar semua di luar sana memahami perasaan saya sekarang ini. Janganlah ditanya bermacam-macam jenis soalan. Saya ini cuma wanita biasa yang ke kadang lemah dan tak mampu untuk menanggung beban.

Tapi saya tahu dan pasti semua ini ketentuan dari pada ALLAH. Siapa yang mahu untuk jadi begini? Kalau disoal pada sesiapa pun, tak mungkin seseorang itu mahu menjalani kehidupan seperti saya. Hormatilah apa jua keputusan saya. Saya hanya merancang, tapi ALLAH lebih mengetahui segala-galanya.

Saya cuma perlukan sokongan daripada anda semua untuk saya terus kuat dan maju ke depan. Apa yang terjadi dan bakal berlaku biarlah jadi rahsia antara saya dan ALLAH. Tak perlu untuk saya berkongsi ke semua cerita peribadi saya kepada umum.

Harap semua dapat memahami ya. Doakan yang terbaik untuk kami. ALLAH adalah tempat saya berbicara dan mengadu, bukan dengan sesiapa pun. Kita sebagai makhluk ALLAH dan hambanya cuma perlu menadah tangan dan berdoa meminta pertolongan dari-Nya. Amin

MiG Online harap apa saja yang dilakukan sekarang nie mampu menyelamatkan rumahtangga mereka yang dikatakan bergolak. Kitapun sama-sama la doakan yea?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s